Elefantin 1,200 meter (3,900 ka) panjang dari utara ke selatan, dan 400 meter (1,300 ka) lebar pada titik terluasnya. Seluruh pulau ini dan pulau-pulau lain yang berdekatan di Aswan boleh dilihat dari lereng bukit tebing barat Sungai Nil. Pulau ini terletak di hilir Riam Pertama, di sempadan selatan Mesir Hulu dengan Nubia Hilir.
Pulau ini mungkin dinamakan sempena bentuknya, yang dari atas serupa dengan gading gajah, ataupun daripada batu-batu di sepanjang tebingnya yang menyerupai gajah.
Mesir Purba
Orang Mesir purba memanggilnya ꜣbw "Gajah" (Mesir Tengah : /ˈʀuːbaw/ → Mesir Pertengahan Lewat: /ˈjuːbəʔ/→ Qibti: (Ⲉ)ⲓⲏⲃ /ˈjeβ/, terpelihara dalam nama Ibraninya, יֵבcode: he is deprecated Yēv), pulau Elefantin terletak di sempadan antara Mesir dan Nubia. Ia merupakan tapak perkubuan yang sangat baik untuk sebuah bandar dan lokasinya menjadikannya tempat pemindahan kargo yang sesuai untuk perdagangan sungai. Sempadan ini terletak berhampiran Garisan Sartan, latitud paling utara di mana matahari boleh terbit terus di atas kepala pada waktu tengah hari dan semasa solstis ia kelihatan seperti "berpatah balik".
Elefantin ialah sebuah kota kubu yang berada betul-betul sebelum Riam Pertama Sungai Nil. Semasa Tempoh Perantaraan Kedua (1650–1550 SM), kubunya menandakan sempadan selatan Mesir.[3]
^Ian Shaw, Ed, Oxford History of Ancient Egypt, New York, 2000, page 206
^"Kemudian seorang raja akan datang dari Selatan, Ameny, yang diwajarkan, mengikut namanya, anak seorang perempuan Ta-seti, anak Mesir Hulu.""The Beginning of the Twelfth Dynasty". Kingship, Power, and Legitimacy in Ancient Egypt: From the Old Kingdom to the Middle Kingdom. Cambridge University Press: 138–160. 2020. doi:10.1017/9781108914529.006. ISBN9781108914529.
^"Ammenemes sendiri bukanlah orang Thebes tetapi anak kepada seorang wanita dari Elefantin bernama Nofret dan seorang pendeta bernama Sesostris ('Lelaki Dewi Agung’).",Grimal, Nicolas (1994). A History of Ancient Egypt. Wiley-Blackwell (July 19, 1994). m/s. 159.
^"Senusret, orang keramaian seperti bapa Amenemhet, ibunya, Nefert, berasal dari kawasan Elefantin."A. Clayton, Peter (2006). Chronicle of the Pharaohs: The Reign-by-Reign Record of the Rulers and Dynasties of Ancient Egypt. Thames & Hudson. m/s. 78.
^"Amenemhet I adalah orang keramaian, anak kepada Sen-wosret dan seorang wanita bernama NEFRET, disenaraikan sebagai ahli keluarga terkemuka dari Pulau Elefantin." Bunson, Margaret (2002). Encyclopedia of Ancient Egypt (Facts on File Library of World History). Facts on File. m/s. 25.
^"Dinasti Kedua Belas (1991–1786 SM) berasal dari wilayah Aswan. Seperti yang dijangkakan, ciri-ciri wajah Nubia yang kuat dan warna gelap dapat dilihat pada arca dan ukiran-ukiran mereka. Dinasti ini antara yang terhebat, yang kemasyhurannya jauh melebihi tempoh sebenarnya di atas takhta. Yang menariknya, ahli dinasti inilah – yang memutuskan bahawa tidak ada Nehsy (orang sungai Nubia dari kerajaan Kush), kecuali mereka yang datang untuk tujuan perdagangan atau diplomatik, dibenarkan melepasi kubu Mesir itu di hujung selatan Riam Nil Kedua. Mengapa kerabat diraja berketurunan Nubia ini melarang orang Nubia lain masuk ke Mesir? Kerana pemerintah Mesir berketurunan Nubia telah menjadi orang Mesir dari segi budaya; sebagai firaun, mereka menampakkan sikap tipikal Mesir dan mengguna pakai dasar-dasar Mesir yang tipikal." —F. J. Yurco. "'Were the ancient Egyptians black or white?'". Biblical Archaeology Review. (Vol 15, no. 5, 1989): 24–9, 58.
^General History of Africa Volume II – Ancient civilizations of Africa (ed. G Moktar). UNESCO. m/s. 152.
^Van de Mieroop, Marc (2021). A history of ancient Egypt (ed. Second). Chichester, West Sussex. m/s. 99. ISBN978-1119620877.
^Fletcher, Joann (2017). The story of Egypt : the civilization that shaped the world (ed. First Pegasus books paperback). New York. m/s. Chapter 12. ISBN978-1681774565.