Templat:Green economics sidebarEkonomi rendah karbon (ERK), ekonomi rendah bahan api fosil (ERBAF),[1] atau ekonomi nyahkarbon[2] ialah ekonomi berasaskan sumber kuasa rendah karbon yang oleh itu mempunyai keluaran pelepasan gas rumah hijau (GRJ) ke dalam atmosfera, terutamanya karbon dioksida. Pelepasan GRJ disebabkan kegiatan antropogen (manusia) ialah sebab dominan pemanasan global tercerap (perubahan iklim) sejak pertengahan abad ke-20.[3] Pelepasan gas rumah hijau yang berterusan boleh menyebabkan perubahan berkekalan di seluruh dunia, meningkatkan kebolehjadian kesan teruk, merebak, dan tidak berbalik bagi orang dan ekosistem.[3]