Eddie Redmayne
Edward John David Redmayne, OBE (lahir 6 Januari 1982)[2] ialah seorang pelakon Inggeris. Beliau memulakan karier profesional dalam teater dan peranan televisyen pada awal tahun 2000an. Beliau membuat penampilan filem pertamanya dalam Like Minds pada tahun 2006. Sejak itu, beliau telah muncul dalam filem-filem seperti The Good Shepherd (2006), Savage Grace (2007), Elizabeth: The Golden Age (2007), My Week with Marilyn (2011), Les Misérables (2012), The Theory of Everything (2014), Jupiter Ascending (2015) dan The Danish Girl (2015). Kehidupan awalRedmayne dilahirkan pada 6 Januari 1982 di Westminster, London.[3] Ibunya bernama Patricia (née Burke) manakala ayahnya, Richard Redmayne.[4] Beliau mempunyai seorang abang, seorang adik lelaki, seorang abang tiri dan seorang kakak tiri.[5] Redmayne berketurunan Inggeris, Ireland, Scotland dan Wales.[6] KarierFilem dan televisyenRedmayne membuat penampilan filem pertamanya dalam Like Minds pada tahun 2006.[7] Redmayne telah muncul dalam filem-filem seperti The Good Shepherd, Powder Blue, Savage Grace, The Other Boleyn Girl, Hick, Glorious 39 dan Jupiter Ascending. Beliau membintangi sebagai Osmund dalam Black Death.[8] Beliau mempunyai peranan dalam The Yellow Handkerchief yang ditayangkan pada 26 Februari 2010.[9][10] Beliau membintangi sebagai Colin Clark dalam My Week with Marilyn. Beliau juga mempunyai peranan sebagai Marius Pontmercy dalam filem muzikal 2012, Les Misérables.[11][12] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Stephen Hawking dalam The Theory of Everything, dimana beliau memenangi Anugerah Akademi, BAFTA, Golden Globe dan Screen Actors Guild bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.[13][14] Redmayne membuat penampilan skrin pertamanya pada tahun 1998 dalam sebuah episod Animal Ark.[15] Kredit televisyennya termasuk minisiri BBC, Tess of the d'Urbervilles, The Pillars of the Earth dan Birdsong.[16] Pada bulan Jun 2015, ia telah diumumkan bahawa Redmayne akan membintangi sebagai Newt Scamander dalam adaptasi filem Fantastic Beasts and Where to Find Them, sebuah spin-off siri filem Harry Potter dengan skrip oleh J. K. Rowling.[17][18] Redmayne membintangi filem biografi, The Danish Girl, diarahkan oleh Tom Hooper. Beliau membintangi sebagai Lili Elbe. Kehidupan peribadiRedmayne berkahwin dengan Hannah Bagshawe sejak 15 Disember 2014.[19][20] Redmayne dilantik sebagai Officer of the Order of the British Empire (OBE) pada tahun 2015.[21][22] FilmografiFilem
Televisyen
Teater
Rujukan
Pautan luar
Information related to Eddie Redmayne |