Dioscorea (atau amnya disebut "gadung"[a]) ialah pepanjat liar yang berdaun luruh dan bak herba. Spesiesnya tempatan dari Asia, tapi di A.S., ia sering ditemukan di Florida. Ia mampu tumbuh lebih 18 meter (60 kaki) panjang.[5] Gadung ini tanaman penting, dan dipakai untuk merawat senggugut, kejang perut dan sakit-sakit sejak berabad-abad. Dalam 1950-an, saintis temukan yang akar gadung ini mengandungi diosgenin iaitu estrogen berdasarkan tumbuhan; ia diandaikan membantu dalam pertahanan kimia melawan pemaun.[b] Ia telah dipakai untuk mencipta pil pencegah kehamilan julung dalam tahun-tahun 60-an.[6] Tambahan lagi, beberapa spesies Dioscorea kaya dengan nutrien dan pengantioksida. Ia bermanfaat di kawasan pedalaman dari mana ia datang lantaran ia mengayakan pemakanan orang di kawasan tersebut.[7] Tumbuhan ini tumbuh subur berdekatan celahan sudur di hutan jarang dan hutan hujan. Dioscorea berkelakuan memanjat dan sesuai tumbuh di pediaman tropika lantaran ia tumbuh di bawah sudur dan harus menempel pada permukaan lain untuk tumbuh tegak dan mendapatkan cahaya.[8]
Genus berkaitannya iaitu Tamus dimasukkan dalam Dioscorea oleh beberapa sumber,[11] namun dikekalkan berasingan oleh sumber lain.[12] Untuk Dioscorea communis (L.) Caddick & Wilkin, lihat Tamus communis.
^Govaerts, R., Wilkin, P. & Saunders, R.M.K. (2007). World Checklist of Dioscoreales. Yams and their allies: 1-65. The Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew.
^Wilkin, P. & Thapyai, C. (2009). Flora of Thailand 10(1): 1-140. The Forest Herbarium, National Park, Wildlife and Plant Conservation Department, Bangkok.