Badan pertama mendahului sistem ini di Jepun adalah Diet Imperial (帝国議会code: ja is deprecated , Teikoku-gikai) yang mula bersidang pada 29 November 1890, tidak lama selepas perkenalan perlembagaan baharu pada 11 Februari tahun sebelumnya.[1] Ia dibahagikan kepada Dewan Perwakilan yang dilantik hasil undian langsung dan suatu "Dewan Bangsawan" (貴族院code: ja is deprecated , Kizoku-in).[2] Perdana Menteri yang memimpin kedua-dua dewan ini dilantik dalam kalangan bangsawan berpengalaman yang diagihkan kuasa amanah Maharaja iaitu genrō (元老code: ja is deprecated ).[3]