Didik Prasetyo (bahasa Jawa: ꦝꦶꦝꦶꦏ꧀ꦥꦿꦱꦼꦠꦾ Dhidhik Prasetyå) atau lebih dikenali sebagai Didi Kempot (lahir 31 Disember 1966 – 5 Mei 2020)[1][2] ialah seorang penyanyi dan komposer lagu campursari dan congdutIndonesia. Didi memulai kerjayanya sebagai pemuzik jalan di kota Surakarta sejak 1984 sehingga 1986, sebelum kemudian mencuba nasib di Jakarta pada tahun 1987 hingga 1989.
Hampir sebahagian lagu yang ditulisnya bertemakan patah hati dan kehilangan. Alasan sengaja memilih tema tersebut karena beberapa orang pernah mengalaminya dan ingin dekat dengan masyarakat, juga menjadi alasan Didi Kempot menggunakan nama-nama tempat sebagai tjuk atau lirik lagunya.[3] Beliau banyak diminati oleh kalangan generasi muda dari berbagai daerah Indonesia yang menyebut diri mereka sebagai "Sad Boys" dan "Sad Girls" yang tergabung dalam Sobat Ambyar dan mendaulat Didi Kempot sebagai "Godfather of Broken Heart" dengan panggilan "Lord Didi". Julukan itu berawal dari lagu-lagu Didi Kempot yang hampir semuanya menceritakan tentang kesedihan dan kisah patah hati.[4]
Kehidupan awal
Didik lahir di Surakarta, Jawa Tengah pada 31 Disember 1966. Beliau anak kepada seniman tradisional terkenal, Ranto Edi Gudel, yang lebih dikenali sebagai Mbah Ranto, beliau juga adik kepada Mamiek Prakoso, pelawak senior Srimulat.
Kerjaya muzik
1984–1986: Awal kerjaya
Didi Kempot memulai kerjayanya pada tahun 1984 sebagai pemuzik jalan. Dengan menggunakan alat musik ukulele dan kendhang, Didi Kempot mulai berkeliling di kota kelahirannya, Surakarta, selama tiga tahun.[5]
1987–1989: Mencuba nasib di Jakarta
Pada tahun 1987, Didi Kempot memulai kerjayanya di Jakarta. Beliau kerap berkumpul dan berjalan sambil bermain muzik bersama rakan-rakannya di daerah Slipi, Palmerah, Cakung, dan Senen. Bermula dari situ, gelaran "Kempot" yang merupakan ringkasan daripada "Kelompok Pengamen Trotoar" terbentuk – yang menjadi nama panggungnya sehingga kini[3]
Sembari bermain muzik di jalan raya di ibu negara Jakarta, Didi Kempot dan rakannya mencuba membuat rakaman video. Kemudian, mereka menitipkan kaset rakaman video muzik ke beberapa studio muzik di Jakarta. Setelah beberapa kali gagal, akhirnya mereka berjaya menarik perhatian label Musica Studio's. Tepat di tahun 1989, Didi Kempot mulai melancarkan album pertamanya. Salah satu lagu andalan di album tersebut adalah "Cidro".
Lagu "Cidro" diambil daripada kisah asmara Didi yang pernah gagal.[6] Jalinan asmara yang beliau jalani bersama kekasih tidak disetujui oleh orang tua wanita tersebut. Hal ini demikian, terbentuklah lagu "Cidro" yang menyentuh hingga membuat pendengar terbawa perasaan. Sejak dari perkara it, Didi Kempot sering menulis lagi bertema patah hati.[5]
1993–1999: Awal kejayaan
Pada 1993, Didi Kempot mulai tampil di luar negara, iaitu di Suriname. Lagu "Cidro" telah membuahkan hasil kejayaannya dan meningkatkan status pemuzik terkenal di Suriname.
Setelah jelajahnya Didi di Suriname, beliau melanjutkan jejaknya di Eropah. Pada tahun 1996, beliau mulai mengusahakan dan merakam lagu bertajuk "Layang Kangen" di Rotterdam, Belanda. Kemudian, Didi Kempot pulang ke Indonesia pada tahun 1998 untuk memulai kembali kerjayanya sebagai pemuzik. Pada awal era reformasi Indonesia—Didi telah mengeluarkan lagu bertajuk "Stasiun Balapan".
Didi Kempot kembali terkenal setelah menerbitkan lagu bertajuk "Kalung Emas" pada tahun 2013 dan "'Suket Teki" pada tahun 2016. Lagu tersebut mendapatkan penghargaan yang tinggi daripada warga Indonesia.[5]
Pada 11 April 2020, beliau telah menganjurkan konsert penstriman langsung dari rumah, dan mengumpulkan sumbangan sebanyak Rp7,6 miliar untuk melawan wabak COVID-19. Pada 1 Mei 2020, beliau telah menerbitkan lagu berjudul "Ojo Mudik" (bermaksud, Jangan Mudik), meminta para pemintanya supaya tidak kembali ke kampung halaman atau mudik selama cuti Hari Raya Aidilfitri bagi mencegah penularan virus COVID-19 secara meluas.[7]
Kontroversi
Didi Kempot sebagai penulis lagu mengatakan bahawa beliau tidak menolak jika lagu-lagunya diambil ulang oleh penyanyi lain sekiranya penyanyi tersebut meminta izin padanya kerana setiap karya yang dihasilkan memiliki hak cipta. Beliau menganalogikan bahawa seseorang yang membawakan ulang sebuah lagu tanpa meminta izin pihak pencipta sama dengan mencuri karya orang lain. Sehingga kini, beliau mengaku belum menerima royalti dari perihal tersebut.
Didi mengatakan, banyak pemuzik yang sudah tidak faham akan bagaimana menghargai hak cipta seseorang. Sebagai penulis lagu dan penyanyi, beliau juga merasa dirugikan kerana orang yang mengambil lagu ("pencuri") mendapatkan royalti, manakala pencipta karya tidak mendapatkan apa-apa.[8]
Kematian
Didi Kempot meninggal dunia pada 5 Mei 2020 pukul 07.45 WIB dalam usia 53 tahun di Rumah Sakit Kasih Ibu Surakarta akibat henti jantung.[9][10][11] Beliau sempat mengalami sakit panas pada hari sebelumnya.[12] Jenazah Didi Kempot dimakamkan pada hari itu juga pada pukul 15.00 WIB di Tempat Pemakaman Umum Desa Majasem, Kecamatan Kendal, Ngawi, Jawa Timur – berdekatan dengan makam anak sulungnya.[11]
Fenomena sosial
Sobat Ambyar
Sobat Ambyar merupakan sebutan komuniti bagi peminat Didi Kempot. Komuniti ini semakin terkenal seiring semakin naiknya populariri Didi Kempot, yang mereka menggelarkan sebagai "Lord Didi". Terkenalnya Sobat Ambyar membuat para peminat karya Didi Kempot menjadi lebih tersusun. Sebelumnya istilah Kempoters merupakan sebutan untuk peminat Didi Kempot namun sebutan tersebut berkembang dikalangan anak muda menjadi "Sad Boys" (untuk laki-laki) dan "Sad Girls" (untuk perempuan).
Para peminat Didi Kempot yang tergabung dalam Sobat Ambyar majotiti generasi muda. Hal ini menunjukkan bahawa karya Didi Kempot diminati pelbagai generasi. Kewujudan para peminat muda ini membuat Didi Kempot dinobatkan sebagai "The Godfather of Broken Heart", "Bapak Loro Ati Nasional", mahupun "Bapak Patah Hati Nasional".[13]
Komuniti Sobat Ambyar pada mulanya terbentuk melalui sebuah acara Musyawarah Nasional Pengukuhan Awal yang diselenggarakan di Surakarta.[14]
Idola generasi milenial
Kini, Didi Kempot menjadi salah satu idola generasi milenial yang akrab dengan media sosial. Sebagai penyanyi senior, beliau sering bermesra dengan "penggemar" seakan sahabat karib. Dia bahkan tidak ragu mengajak peminatnya bernyanyi bersama-sama di atas panggung. Dia juga selalu memberikan motivasi kepada peminatnya agar tidak berputus asa atau untuk berkarya. Beliau diberi gelaran "The Godfather of Broken Heart" iaitu "Bapak Patah Hati Nasional" karena kesesuaian membawa pendengar larut dalam emosi ketika mendengarkan karya lagunya.[5]
Didi Kempot telah menulis sekitar 700 lebih tajuk lagu. Hampir sebahagian lagu-lagu yang diciptakan Didi Kempot menggunakan bahasa Jawa yang bertemakan patah hati dan kesedihan. Dia beralasan sengaja memilih tema tersebut kerana setiap orang pernah mengalami perasaan demikian.
Di beberapa lagu Didi Kempot juga kerap menggunakan nama-nama tempat di lagu-lagunya, seperti "Stasiun Balapan", "Terminal Tirtonadi", "Kopi Lampung", "Perawan Kalimantan", "Parangtritis", "Pantai Klayar", "Tanjung Perak", "Tanjung Mas Ninggal Janji", "Magelang Nyimpen Janji", "Ademe Kutho Malang", "Kangen Magetan", "Kangen Nickerie" – lirik-liriknya tetap menceritakan tentang patah hati. Tidak semua tempat yang dijadikan lagunya mempunyai pengalaman khusus dengan dirinya, melainkan pernah mengunjungi tempat tersebut.
Idea membuat lagu dengan nama tempat tersebut juga ada yang datang ketika Didi Kempot sedang berjalan-jalan dan mendengar tentang cerita-cerita dari warga setempat. Minat beliau membuat lagu dengan menyebut nama-nama tempat karena beliau juga yakin sebuah tempat pasti punya kenangan tersendiri bagi setiap orang.[38]