Biarpun dirujuk sebagai pembikinan semula dari filem 1975 Death Race 2000 (berdasarkan daripada cerita pendek Ib Melchior, "The Racer") dalam bahan ulasan dan pasaran, pengarah Paul W. S. Anderson menyatakan dalam komen DVD bahawa ia dianggap sebagai prekuel.
Pembikinan semula telah dirancang sejak 2002, walaupun penerbitannya menangguhkan ketidaklulusan lakon layar awal, kemudian berlaku berpaling tadah sululan pertikaian antara Paramount Pictures dan dua penerbit Tom Cruise dan Paula Wagner (yang kemudiannya menjadi penerbit tanpa Cruise dalam filem). Death Race dibeli oleh Universal Studios, dan Anderson menyertai semula projek itu untuk menulis dan megarah. Penggambaran bermula di Montreal pada Ogos 2007, dan projek yang disiapkan itu telah dikeluarkan pada 22 Ogos 2008. Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.
Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 26 September 2008, namun ditukar kepada 22 Ogos 2008.[6] Filem ini meraih $75,677,515, di mana $36,316,032 dari Amerika Utara.[2]
Muzik
Skor untuk Death Race dikarang oleh Paul Haslinger dan dikendalikan oleh Tim Davies. Haslinger merakamkan bahagian tali untuk skor bersama Hollywood Studio Symphony di Sony Scoring Stage.[7]