Hari cuti di Indonesia yang diakui secara rasmi oleh pemerintah Indonesia, baik secara pusat mahupun berdasarakan daerah, terdiri dari dua jenis, iaitu jenis kebangsaan dan "fakultatif". Selain itu, kerajaan juga menentukan hari cuti khusus bagi pegawai negeri yang disebut "cuti bersama".
Hari peringatan Kristian bagi peristiwa kenaikanYesus Kristus ke syurga. Penentuan hari berdasarkan pengiraan hari (computus) dari Bulan Purnama Paskah.
Hari peringatan peristiwa penting Nabi Muhammad, iaitu peristiwa Isra (Nabi Muhammad menunggangi Buraq dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa) dan Mikraj(Nabi Muhammad dibawa Jibril sehingga ke Sidratul Muntaha).
Perayaan umat Islam yang telah selesai berpuasa dari subuh sehingga maghrib selama sebulan penuh dalam bulan Ramadan. Sering juga disebut sebagia Lebaran.
Hari peringatan peristiwa korban; Nabi Ibrahim bersedia menyembelih anaknya Nabi Ismailsebagai tanda kepatuhannya kepada Allah sebelum dihentikan oleh-Nya. Biasanya juga disebut hari Lebaran Haji.
Hari cuti fakultatif
Hari cuti fakultatif (setempat) ialah hari-hari cuti yang tidak ditentukan oleh pemerintah pusat secara langsung, tetapi ditetapkan oleh pemerintah tempatan atau agensi masing-masing, dan biasanya merupakan hari-hari besar keagamaan yang tidak ditetapkan sebagai hari cuti kebangsaan atau hari-hari penting lainnya. Oleh itu, ia tidak diwajibkan untuk dilaksanakan oleh seluruh warga Indonesia dan hanya dirayakan oleh warga masyarakat yang meraikannya sahaja. Walaupun tidak ditetapkan pemerintah pusat, kerasmian hari cuti fakultatif dijamin oleh pihak pusat.[3]
Nota
^Oleh kerana takwim Hijrah ialah takwim qamari tulen, yakni takwim yang hanya berdasarkan fasa bulan tanpa mempertimbangkan putaran Bumi, maka takwim ini hanya memiliki 354 hari tanpa lompatan. Dengan itu, hari cuti berdasarkan takwim Hijrah sentiasa awal sekitar 11 hari dari tahun sebelumnya, dan tiada tarikh atau julat tarikh yang dapat ditetapkan dalam takwim Masihi.
^"Perubahan Atas Keputusan Presiden Nomor 251 Tahun 1967 tentang Hari-Hari Libur sebagaimana Telah Beberapa Kali Diubah Terakhir dengan Keputusan Presiden Nomor 10 Tahun 1971". Keputusan PresidenNo. 31983.