Fasa bulan merujuk kepada keadaan bulan yang terang yang dilihat oleh pencerap, terutama dari bumi. Fasa bulan berubah secara kitaran apabila bulan mengelilingi bumi, mengikut perubahan kedudukan bumi, bulan dan matahari. Sebahagian permukaan bulan sentiasa kelihatan diterangi matahari (kecuali ketika gerhana bulan) dari 100% (purnama/mengambang) hingga 0% (anak bulan atau bulan gelap).[1] Sempadan antara hemisfera yang diterangi dan tidak diterangi dipanggil penamat.
^Dalam dialek Melayu Menara, penampakan muka bulan dikatakan "[men]cerah" manakala penyembunyian muka bulan dikatakan "[meng]gelap" - lihat pada lajur banding dialek berkenaan terlampir dalam Phaiboon Duangchan (2006). "Glossary of Aslian languages, the northern Aslian languages of Southern Thailand". Mon-Khmer Studies. Mahidol University. 36: 214.