* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:02, 1 Januari 2015 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 10:11, 10 September 2014 (UTC)
Dilahirkan di Yamoussoukro, dia mula bermain bola sepak jalanan berkaki ayam ketika berumur 10 tahun, tidak memiliki sepasang kasut bola sehingga dia berumur 15 tahun.[3] Dia memulakan kariernya bersama kelab kecil liga Ivory Coast, FC Bibo. Pada tahun 2005, dia diperhati oleh kelab Belgium, Anderlecht. Dia membuat penampilan sulung untuk Anderlecht dalam perlawanan Piala Belgium dimana mereka kalah kepada Geel selepas Tioté gagal menyempurnakan sepakan penalti.[4] Pada musim 2007–08, dia beraksi secara pinjaman untuk Roda JC,[5] dimana dia bermain bersama-sama rakan senegaranya, Sekou Cissé.
FC Twente
Pada 2 Oktober 2008, Cheick Tioté menyertai kelab liga Eredivisie, FC Twente dengan yuran perpindahan dilaporkan sekitar €750,000, dimana dia mula mendapat reputasi sebagai pemain tengah, membuat 58 penampilan liga, menjaringkan satu gol dan membuat 14 bantuan gol. Dia memenangi liga Belanda pada musim 2009/10 dibawah bimbingan bekas pengurus England, Steve McClaren. Dia juga beraksi dalam Liga Europa UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah.
Newcastle United
Tioté menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United pada 26 Ogos 2010 dengan yuran £3.5 juta selepas diberikan permit kerja.[6] Dia membuat penampilan sulung pada 18 September 2010 menentang Everton di Goodison Park.[7] Dia berada dalam kesebelasan utama dalam kesemua perlawanan Newcastle United, menunjukkan aksi cemerlang ketika menentang Manchester City dan ketika kemenengan 2–1 mereka ke atas West Ham. Tioté menerima anugerah pemain terbaik perlawanan ketika kemenangan 1–0 ke atas Wigan Athletic.
Dia dibuang padang ketika pusingan ke-3 Piala FA Inggeris menentang Stevenage dan digantung tiga perlawanan domestik. Dia menjaringkan gol pertamany ketika seri 4–4 dengan Arsenal. Pada 25 Februari 2011, Newcastle mengumumkan bahawa Tioté telah menandatangani kontrak enam tahun setengah untuk menunjukan komitmennya terhadap kelab itu, mengekalkannya di Newcastle sehingga tahun 2017. [8]
Selepas dua musim di Newcastle, Tioté mengutip 25 kad kuning daripada 50 perlawanan liga, tetapi hanya menerima satu kad merah ketika menentang Sunderland. Dia dibuang padang ketika Newcastle seri 1–1 di Stadium of Light pada 21 Oktober 2012, selepas kekasaran ke atas Steven Fletcher.[9]
Karier antarabangsa
Pada 12 Ogos 2009, Tioté membuat penampilan sulung antarabangsa untuk Ivory Coast ketika perlawanan persahabatan menentang Tunisia.[10] Dia dipilih ke dalam skuad Ivory Coast untuk Piala Negara-Negara Afrika 2010 dan diberi nombor 9. Dia bermula dalam kesemua tiga perlawanan Les Éléphants' sebelum disingkirkan di suku akhir oleh Algeria. Tioté juga bermula dalam setiap perlawanan Ivory Coast dalam Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, pasukannya gagal layak ke pusingan kedua. Pada 13 Januari 2012, Tioté dibuang padang dalam perlawanan pemanas badan Piala Negara-Negara Afrika 2012 ketika menentang Tunisia[11] Walau bagaimanapun, dia berada dalam kesebelasan utama untuk Ivory Coast dalam dua perlawanan peringkat kumpulan dan kedua-dua perlawanan suku akhir dan akhir Piala Negara-Negara Afrika 2012 dimana mereka kalah kepada Zambia. Pada tahun berikutnya, ketika Piala Negara-Negara Afrika 2013, Tioté menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada minit ke-50 ketika kekalahan 2–1 di peringkat suku akhir kepada Nigeria.
Tioté adalah seorang Muslim.[12] Dia berpuasa pada bulan Ramadan.[13]
Pada 13 Februari 2013, Tioté ditangkap kerana disyaki penipuan, dan keretanya telah disita oleh polis.[14]
Dia mempunyai dua orang anak bersama isteri pertamanya, Madah. Pasangan itu tinggal di kampung Ponteland di Northumberland, dan berkahwin sebelum perpindahannya ke Newcastle United.[15] Pada 29 September 2014, Newcastle Chronicle telah melaporkan bahawa Tioté telah berkahwin dengan isteri keduanya, Laeticia Doukrou, di ibu negara Ivory Coast, Abidjan. Perkahwinan itu berlangsung sebelum bermula musim 2014–15. Agennya Jean Musampa, mengesahkan perkahwinan itu dengan surat khabar tempatan. Musampa berkata, "Saya boleh mengatakan bahawa dia berkahwin dan ia adalah perkahwinan keduanya." Dia juga menambah "ini bukanlah perkara luar biasa. Dia seorang Muslim.. [sic]"[16] Tidak lama selepas itu, ianya telah melaporkan bahawa apabila mendengar berita itu, perempuan simpanannya, Nikki Mpofu, dimana dia mempunyai seorang anak bersamanya, mengakhiri hubungan tiga tahun.[17]