Campuran

Satu campuran adalah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih bahan kimia yang memiliki sama ada hubungan homogen atau heterogen tanpa ikatan kimia dengan unsur-unsur dan sebatian-sebatian dalam nisbah yang pelbagai dan mengekalkan ciri-ciri individu mereka.[1] Campuran boleh dipisahkan dengan cara mekanikal. Contoh zat yang termasuk campuran adalah gula dan air. Suatu campuran boleh wujud dalam bentuk larutan, koloid atau ampaian.[2][3]

Jenis

Campuran homogen ialah campuran bahan-bahan kimia yang tersebar secara sama rata, seperti air masin (campuran air dan garam). Sebaliknya, campuran heterogen ialah campuran bahan-bahan kimia yang tidak tersebar secara sekata, seperti campuran air dan pasir. Jenis-jenis campuran homogen dan heterogen adalah seperti di bawah:

  • Campuran homogen
  • Campuran gas
  • Aloi (campuran logam)
  • Larutan (campuran melibatkan cecair)

  • Campuran heterogen

Proses pengenalpastian jenis campuran, sama ada homogen atau heterogen adalah bergantung kepada skala ujian. Pada skala yang seni, semua campuran boleh disifatkan sebagai heterogen kerana setiap bahan akan menjadi sekecil molekul. Pada skala yang kasar, semua campuran boleh disifatkan sebagai homogen. Secara praktikal, sekiranya ciri-ciri campuran adalah sama tanpa mengira skala persampelan, campuran disifatkan adalah homogen.

Campuran ideal adalah sejenis campuran yang menuruti hukum Raoult atau hukum Henry (atau kedua-duanya). Sebenarnya tidak ada campuran yang boleh dibilang ideal, tetapi beberapa larutan campuran yang berkeadaan mendekati ciri-ciri campuran ideal.[4]

Rujukan

  1. ^ De Paula, Julio; Atkins, P. W. Atkins' Physical Chemistry (ed. 7th). ISBN 978-0-19-879285-7.
  2. ^ Whitten K.W., Gailey K. D. and Davis R. E. (1992). General chemistry, 4th Ed. Philadelphia: Saunders College Publishing. ISBN 978-0-03-072373-5.
  3. ^ Petrucci, Ralph H.; Harwood, William S.; Herring, F. Geography (2002). General chemistry: principles and modern applications (ed. 8th). Upper Saddle River, N.J: Prentice Hall. ISBN 978-0-13-014329-7. LCCN 2001032331. OCLC 46872308.CS1 maint: ref=harv (link)
  4. ^ Felder, Richard M.; Rousseau, Ronald W.; Bullard, Lisa G. Elementary Principles of Chemical Processes. Wiley. m/s. 293. ISBN 978-0471687573.

Pautan luar

  • Kategori berkenaan Campuran di Wikimedia Commons