DouglasC-54 Skymaster adalah pesawat berenjin empat digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat ketika Perang Dunia II. Seperti C-47 Skytrain, C-54 diubah suai dari pesawat komersil DC-4. C-54 memulakan servis ketenteraannnya pada tahun 1942 dengan kemampuan menerbangkan 26 penumpang. Tentera Laut Amerika Syarikat turut menggunakan pesawat yang sama tetapi dibawah siri R5D. C-54 kebanyakkannya digunakan untuk transpotasi ketika perang. Sebanyak 515 unit telah dibina di Santa Monica, California manakala sebanyak 655 buah pula di Chicago, Illinois.
Selepas Perang Dunia II, C-54 meneruskan khidmatnya dengan pesawat pengangkut bagi Tentera Udara Amerika Syarikat.