Bilionair di negara-negara yang menggunakan sistem penamaan bilangan skala pendek ialah seseorang yang memiliki nilai bersih sekurang-kurangnya satu bilion (1.000.000.000 atau seribu juta) unit matawang tertentu, biasanya matawang utama seperti Dolar Amerika Syarikat, Euro atau Pound sterling. Selain itu, seorang senti-bilionair ialah seorang bilionair seratus bilion dolar (100.000.000.000), yang pertama kali dicapai pada 2017 oleh Jeff Bezos, pengasas Amazon, dengan nilai bersih $ 112 bilion dalam laporan yang dikeluarkan pada awal 2018.[1][2] Majalah perniagaan Amerika Syarikat, Forbes setiap tahun membuat senarai global bilionair Amerika Syarikat dan versi Internet yang diperbaharui secara waktu sebenar.[3] Tokoh perniagaan Amerika Syarikat John D. Rockefeller menjadi bilionair pertama (dalam matawang $) yang disahkan di dunia pada 1916 dan masih memegang gelaran orang terkaya kedua dalam sejarah.[4]
Setakat 2018[kemas kini], terdapat lebih dari 2.200 bilionair (dalam mata wang $) di seluruh dunia, dengan hasil kekayaan lebih dari $ 9,1 trilion,[5] meningkat dari sebelumnya $7,67 trilion pada 2017.[6][7] Menurut laporan Oxfam 2017, lapan bilionair terkaya memiliki kekayaan gabungan sebanyak setengah dari kekayaan seluruh manusia di dunia.[8][9]
Statistik
Jadual di bawah ini mencantumkan statistik yang berkaitan dengan bilionair, termasuk jumlah bilionair yang diketahui dan nilai bersih individu terkaya di dunia sejak 2008. Data untuk setiap tahun berasal dari senarai bilionair 'Forbes' tahunan dalam matawang Dolar Amerika Syarikat. Data sejak 2018 juga mencakupi bancian bilionair dari Wealth-X yang biasanya menampilkan angka yang lebih tinggi daripada 'Forbes'.