Better Call Saul ("Baik Telefon Saul") adalah siri drama televisyen Amerika Syarikat yang dibuat oleh Vince Gilligan dan Peter Gould. Siri ini merupakan cerita ranting yang juga sekaligus mendahului siri cerita pokok Breaking Bad yang juga dibuat oleh Gilligan.[1] Siri ini menumpukan kepada salah satu watak dalam cerita pokok Breaking Bad iaitu James "Jimmy" McGill (lakonan Bob Odenkirk) pada 2002 yakni enam tahun sebelum tampil di siri pokok ini malah juga menjelajahi peristiwa selama dan sesudah latar masa siri pokok tersebut.[2]
Siri ini terdiri dari 63 episod dibahagikan kepada enam musim. Musim pertamanya mendapat tayangan perdana di AMC pada tanggal 8 Februari 2015[3] musim keenam dan terakhirnya mula ditayangkan dari 18 April hingga 15 Ogos 2022. Pada Jun 2014, musim kedua yang terdiri dari 13 episod disetujui dan akan ditayangkan pada awal 2016. Episod pertamanya meraih kutipan tontonan tertinggi untuk penayangan perdana siri berturutan dalam sejarah televisyen kabel se-Amerika Syarikat, iaitu 4.4 orang juta penonton dalam kategori usia 18–49 tahun dengan jumlah keseluruhan 6.9 orang juta penonton.[4]
Jeremy Shamos dan Julie Ann Emery sebagai Craig dan Betsy Kettleman, pasangan suami isteri pegawai yang dituduh menggelapkan wang.[6]
Kerry Condon sebagai Stacey Ehrmantraut, anak tiri Mike dan ibu Kaylee Ehrmantraut. Tokoh ini sebelumnya muncul di Breaking Bad musim ke-3 episode "Full Measure" dan dilakonkan pelakon lain.
Steven Levine dan Daniel Spenser Levine sebagai Lars dan Cal, kembar pemain papan luncur dan penipu kecil-kecilan.