Sony Pictures Television Inc. (atau SPT) ialah studio pengedaran dan penerbitan televisyen yang ditubuhkan pada tahun 2002 sebagai pengganti Columbia TriStar Television. Berpangkalan di Culver City, ia merupakan pembahagian Sony Pictures Entertainment milik Sony Entertainment dan unit konglomerat JepunSony.
Saluran televisyen
Ini ialah saluran dimiliki dan dikendalikan dan dikendalikan bersanma oleh Sony Pictures Television.
GSN (58%): Dilancarkan pada 1 Disember 1994. Dimiliki bersama oleh AT&T melalui WarnerMedia (42%).[3]
Sony Entertainment Television: Dilancarkan 30 September 1995.
Sony Movie Channel: Dilancarkan pada 1 Oktober 2010. Juga beroperasi di United Kingdom (dahulu Movies4Men 2) dan Ireland.
GetTV: Rangkaian multicast digital berfokuskan filem untuk menyiarkan filem klasik oleh Sony Pictures, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada musim Gugur 2013.[4] Ia kemudian dilancarkan pada 3 Februari 2014.
Movies4Men: Rangkaian ini telah dilancarkan pada 1 Februari 2006 oleh Dolphin Broadcast Services Ltd. Dibeli oleh SPT pada 19 Januari 2012.
Cine Sony Television: Rangkaian berbahasa Sepanyol/AS dilancarkan pada Ogos 2012.[5]
TruTV (Uk dan Ireland) (diperoleh dari Turner Broadcasting System Eropah pada 16 Februari 2017)
Viasat 3 dan Viasat 6 (diperoleh dari Modern Times Group)