Kelima-lima jalur ini memancar dari hujung kiri bawah ke hujung kanan atas melambangkan keberadaan sebuah negara yang bergerak dinamis menuju masa hadapan.
Bendera lama yang pernah dipakai
Terdapat seberapa bendera terdahulu yang digunapakai sepanjang sejarah negara ini sebelum rekaan bendera terkini rasmi digunapakai pada hari ini:[3]
Rekaan pertama, 1976-1977
Rekaan pertama bendera diperkenalkan sebaik sahaja kepulauan Seychelles merdeka pada 29 Jun 1976 - ia terdiri daripada sepasang segi tiga bairu menegak dan sepasang segi tiga merah mebdatar yang saling bermuatan.[5]
Setelah parti SPUP kalah majoriti dalam pilihan raya tahun 1995, parti-parti lain mula menuntut agar suatu bendera baru diusulkan agar tidak memihak mana-mana parti politik lalu mendapat persetujuan parlimen sana.[5]