Ben Shalom Bernanke[1] (/bərˈnæŋki/bər-NANG-ki;[2] lahir 13 Desember 1953) ialah ahli ekonomi Brookings Institution asal Amerika Syarikat[3] yang sudah dua kali berkhidmat sebagai pengerusi Rizab Persekutuan, bank pusat Amerika Syarikat, pada tahun 2006 hingga 2014. Bernanke mengetuai operasi Rizab Persekutuan setelah krisis kewangan akhir 2000-an. Sebelum menjadi pengerusi Rizab Persekutuan, Bernanke merupakan pensyarah Universiti Princeton dan ketua jabatan ekonomi Princeton sejak 1996 hinga September 2002. Beliau kemudian mengambil cuti dari khidmat masyarakat.
Dari 2002 hingga 2005, beliau berkhidmat sebagai ahli Dewan Gabenor Federal Reserve System, mengusulkan Doktrin Bernanke, dan memperkenalkan "Moderasi Besar", teori bahwa kitaran perniagaan tradisional mengalami penurunan volatiliti dalam beberapa dekad terakhir setelah beberapa perubahan struktur yang terjadi dalam ekonomi antarabangsa, khususnya peningkatan kestabilan ekonomi negara-negara maju, sehingga mengurangkan kesan dasa ekonomi makro (monetari dan fiskal).
Bernanke kemudian menjadi pengerusi Dewan Penasihat Ekonomi Presiden George W. Bush sebelum Bush mencalonkannya sebagai pengganti Alan Greenspan selaku pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat. Tempoh penggal pertama jawatannya bermula pada 1 Februari 2006. Bernanke dilantik untuk kali kedua pada 28 Januari 2010 setelah dicalonkan oleh Presiden Barack Obama. Tempoh jawatan kedua berakhir pada 1 Februari 2014 dan digantikan oleh Janet Yellen. Pada 2022, beliau terpilih sebagai penerima Hadiah Nobel dalam Ekonomi bersama dengan Douglas Warren Diamond dan Philip H. Dybvig oleh kerana penelitian mereka tentang bank dan krisis kewangan.
[4]
2009, South Carolina Department of Transportation (SCDOT) Commission menyetujui resolusi penggantian nama pintu keluar Exit 190 di Interstate Highway 95 di Dillon County menjadi Ben Bernanke Interchange.[7]
Bernanke, Ben S. (June 1983). "Nonmonetary Effects of the Financial Crisis in the Propagation of the Great Depression". American Economic Review. 73 (3): 257–276. JSTOR1808111.
Bernanke, Ben S.; Blinder, Alan S. (September 1992). "The Federal Funds Rate and the Channels of Monetary Transmission". American Economic Review. 82 (4): 901–921. JSTOR2117350.