Bejeweled ialah satu siri permainan video teka-tekipadanan jubin yang dicipta oleh PopCap Games. Bejeweled diterbitkan pada asalnya untuk pelayar web pada tahun 2001, diikuti oleh tujuh sekuel: Bejeweled 2 (2004), Bejeweled Twist (2008), Bejeweled Blitz (2009), Bejeweled 3 (2010), Bejeweled Legend (2012, hanya di Jepun) Bejeweled Stars (2016), dan Bejeweled Champions (2020) semuanya dicipta oleh PopCap Games dan syarikat induknya, Electronic Arts . Lebih daripada 10 juta salinan Bejeweled telah dijual, dan permainan tersebut telah dimuat turun lebih daripada 350 juta kali.[2] Menjelang Februari 2010, jualan siri Bejeweled mencecah 50 juta salinan. Jumlah tersebut termasuk permainan asal, berserta dengan versi Blitz dan Twist.[3] Versi arked telah dilancarkan pada Q3 2013.
Bejeweled dipengaruhi oleh permainan Shariki,[5] yang direka oleh pembangun Rusia Eugene Alemzhin pada tahun 1988, yang mempunyai tatacara permainan yang seiras. Populariti Bejeweled telah melahirkan beberapa permainan yang mirip. Secara kolektif dikenali sebagai permainan padanan tiga, permainan-permainan tersebut berdasarkan atas mekanik mencipta gabungan tiga kepingan yang sama secara berturutan.
Legasi
Selepas penerbitan Bejeweled, permainan tersebut telah dialihkan ke pelbagai platform, termasuk telefon bimbit, telefon pintar, konsol permainan, paparan hiburan dalam kapal terbang dan banyak lagi. Siri permainan tersebut juga menghasilkan beberapa produk bukan permainan video termasuk mesin kasino, tiga permainan papan oleh Hasbro, siri web berdasarkan watak Snackers dan Anchovy daripada Bejeweled Blitz dan selebihnya.
Pada 25 September 2008,[6]Bejeweled telah dilancarkan secara rasmi sebagai tambahan percuma untuk MMORPGfantasiWorld of Warcraft, berserta Peggle.[7][8][9][10] Selain daripada mod 'Classic' (Normal) dan 'Timed' yang biasa, tambahan ini juga mempunyai mod 'Flight' eksklusif, di mana permainan bermula apabila pemain mengambil penerbangan dari satu lokasi dalam permainan ke lokasi lain, dengan tujuan untuk skor setinggi mungkin sebelum sampai ke destinasi mereka.[11][6] Tambahan WoW ini menambah pencapaian pada permainan, serta sistem penaiktarafan.[11][6]
Pada tahun 2014, Bejeweled dan Candy Crush Saga (berserta dengan permainan padanan tiga lain yang serupa) telah terbukti merupakan NP-hard.[12]
Bejeweled sering dianggap sebagai permainan penting dalam genre padanan tiga. Siri tersebut telah memenangi pelbagai anugerah. Menjelang 2013, PopCap menganggarkan bahawa lebih daripada 10 bilion jam telah diluangkan oleh pemain pada permainan tersebut secara kolektif. Dianggarkan juga umlah muat turun permainan tersebut mencecah 500 juta salinan.[13] Pada tahun 2020, Bejeweled telah dimasukkan ke dalam World Video Game Hall of Fame.[14]
Bacaan lanjut
Luciano Gualà; Stefano Leucci; Emanuele Natale (24 March 2014). "Bejeweled, Candy Crush and other Match-Three Games are (NP-)Hard". arXiv:1403.5830. Bibcode:2014arXiv1403.5830G. Cite journal requires |journal= (bantuan)