Baru laut atau baru-baru ialah pokok arboresen setinggi 5-10 meter (boleh mencapai sehingga 20 meter) yang terdapat di persekitaran pesisir pantropika serumpun dengan bunga raya dalam genus Hibiscus. Walaupun ia mungkin merupakan pokok asli Dunia Lama. dan mungkin merupakan pokok asli Hawaii dan tempat-tempat yang lain di Lautan Pasifik, ia telah disebarkan oleh orang Polinesia yang awal kerana kayu dan gentiannya yang berguna. Nama saintifiknya Thespesia populnea (L.) Sol. ex Correa. [4] Pohon ini turut dikenali antara lainnya sebagai baru laut (Simeulue), waru laut, waru lot (Jw., Sd.) dan baru lot atau beru lot (Md.).[5]
Di Pulau Pitcairn, Pokok Bebaru amat umum pada suatu ketika, akan tetapi ia kini telah dibalak secara giat. Pada sepanjang abad ke-20, penduduk Pitcaim telah belayar ke Pulau Henderson bagi memperoleh kayu pokok ini untuk membuat barang-barang aneh sebagai sara hidup mereka (Binggeli, 1999).
Pohon kecil, tinggi 2–10 m. Tumbuh di pantai berpasir atau di bagian belakang dari hutan pasang yang tidak berawa. Daun bertangkai panjang, bundar telur bentuk jantung dengan tepi rata, 7–24 × 5–16 cm; seperti kulit; bertulang daun menjari, dengan kelenjar kulit kecil di antara pangkal tulang daun utama di sisi bawah daun. Daun muda bersisik coklat rapat.[6]
Bunga berdiri sendiri, di ketiak daun, naik dahulu kemudian tunduk, bertangkai panjang dan bersisik. Daun kelopak tambahan 3, amat kecil dan lekas rontok. Kelopak seperti cawan, panjang 12–14 mm, dengan gigi yang sangat kecil. Mahkota bentuk lonceng, 6–7 cm, kuning muda dan akhirnya merah, dengan noda (bercak) ungu pada pangkalnya. Bergetah kuning. Buah kotak bentuk bola pipih sampai bentuk telur lebar, diameter 2,5–4,5 cm, tidak membuka atau membuka lambat. Bijinya berambut.[6]
Kegunaan
Kayu Pokok Bebaru digunakan untuk membuat thavil, alat muzik Carnatic di India Selatan. Kayu ini merupakan bahan kerja kayu yang popular (biasanya dijadikan mangkuk) di Hawaii kerana warna-warninya (dari warna sawo matang ke kuning sehingga merah). Secara tradisi, ia ditumbuh di dusun suci dan digunakan untuk mencipta arca agama di seluruh Polinesia timur. Kayu Pokok Bebaru juga digunakan untuk tablet rongorongo di Pulau Easter. (Orliac 2005).
Pokok Bebaru boleh dibiakkan dengan mengasingkan anak pokok dari rumpun induk. Ia juga boleh ditut pada batang pokok yang lurus dan sihat. Cara ini akan menghasilkan pokok bebaru yang tidak berumpun atau `single trunk' dan sesuai utuk dimajukan sebagi pokok teduhan di kawasan pantai atau kuala sungai.
^Linne, C. von. 1753. Caroli Linnaei ... Species plantarum :exhibentes plantas rite cognitas, ad genera relatas, cum differentiis specificis, nominibus trivialibus, synonymis selectis, locis natalibus, secundum systema sexuale digestas...Tome 2: 694. Holmiae :Impensis Laurentii Salvii [1 May 1753]