Bani Ali

Bani Ali
Keturunan Ali bin Abi Talib
Bulatan dengan nama Ali yang ditulis dengan khat di Hagia Sophia, Istanbul, Turki.
Nisbatal-Alawi
Diturunkan daripadaAli bin Abi Talib
Cabang
AgamaIslam

Bani Ali ialah kabilah, suku atau dinasti yang mendakwa turun daripada Ali bin Abi Talib (Arab: عَلِيّ بْن أَبِي طَالِب; s. 600–661 CE ), khalifah Rasyidin keempat (r. 656–661) dan imam pertama dalam Islam Syiah. Ali juga sepupu dan menantu kepada Nabi Muhammad. Cabang utama dalam suku ini ialah Bani Hasan dan Bani Husain, dinamakan sempena Hasan dan Husain, dua anak lelaki Ali daripada perkahwinannya dengan Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad. Sebagai keturunan Nabi Muhammad, mereka dihormati oleh semua umat Islam. Bani Ali telah mengetuai pelbagai gerakan dalam Islam, dan dua belas orang daripada Bani Ali merupakan imam dalam Syiah Imam Dua Belas, cabang Syiah terbesar.

Anak-anak Ali

Di samping tujuh belas anak perempuan, pelbagai sumber melaporkan bahawa Ali mempunyai sebelas, empat belas atau lapan belas anak lelaki.[1] Perkahwinan pertamanya adalah dengan Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad, yang melahirkan tiga anak lelaki iaitu, Hasan, Husain dan Muhsin namun yang Muhsin tidak disebutkan dalam sesetengah sumber.[1] Muhsin dipercayai meninggal dunia semasa bayi.[2][3][4][2] Hasan dan Husain diiktiraf sebagai Imam kedua dan ketiga dalam Islam Syiah, keturunan mereka masing-masing dikenali sebagai Hasaniah dan Husainiah.[5] Mereka dihormati oleh semua umat Islam sebagai keturunan Nabi Muhammad dan dihormati dengan gelaran hormat seperti Syarif, Said dan Saidina.[6] Ali dan Fatimah juga mempunyai dua anak perempuan, Zainab dan Umi Kulthum.[7] Selepas kematian Fatimah pada tahun 632 Masihi, Ali berkahwin semula dan mendapat lebih ramai anak. Antara mereka, nasab Ali diteruskan melalui Muhammad bin al-Hanafiah, Abbas bin Ali, dan Umar al-Atraf, keturunan mereka diberi nisbah al-Alawi (har. daripada Ali). Masing-masing, mereka dilahirkan oleh Khaulah al-Hanafiah, Umi al-Banin, dan Umi Habib binti Rabiah (al-Sahba).[1]

Rujukan

  1. ^ a b c Lewis 2012.
  2. ^ a b Buehler 2014, m/s. 186.
  3. ^ Khetia 2013, m/s. 73.
  4. ^ Glassé 2001a.
  5. ^ Daftary 2008.
  6. ^ Nasr & Afsaruddin 2023.
  7. ^ Huart 2012.

Bibliografi

  • Bahramian, Ali; Bulookbashi, Ali A. (2015). "Al-ʿAbbās b. ʿAlī". Dalam Madelung, Wilferd; Daftary, Farhad (penyunting). Encyclopaedia Islamica. Diterjemahkan oleh Negahban, Farzin. doi:10.1163/1875-9831_isla_COM_0009.
  • Blichfeldt, Jan-Olaf (1985). Early Mahdism: Politics and Religion in the Formative Period of Islam. E.J. Brill. ISBN 9789004076433.
  • Buehler, Arthur F. (2014). "Fatima (d. 632)". Dalam Fitzpatrick, Coeli; Walker, Adam Hani (penyunting). Muhammad in History, Thought, and Culture: An Encyclopaedia of the Prophet of God. 1. ABC-CLIO. m/s. 182–187. ISBN 9781610691772.
  • Daftary, Farhad (2008). "'Alids". Dalam Fleet, Kate; Krämer, Gudrun; Matringe, Denis; Nawas, John; Stewart, Devin J. (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. Three). doi:10.1163/1573-3912_ei3_COM_26329. ISBN 9789004171374.
  • Donner, Fred M. (1999). "Muhammad and the Caliphate". Dalam Esposito, John L. (penyunting). Oxford History of Islam. Oxford University Press. m/s. 1–62. ISBN 0195107993.
  • Huart, Cl. (2012). "ʿAlids". Dalam Houtsma, M.Th.; Arnold, T.W.; Basset, R.; Hartmann, R. (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. First). doi:10.1163/2214-871X_ei1_SIM_0645. ISBN 9789004082656.
  • Khetia, Vinay (2013). Fatima as a Motif of Contention and Suffering in Islamic Sources (Tesis). Concordia University.
  • Lewis, B. (2012). "'Alids". Dalam Bearman, P.; Bianquis, Th.; Bosworth, C.E.; van Donzel, E.; Heinrichs, W.P. (penyunting). Encyclopaedia of Islam (ed. Second). doi:10.1163/1573-3912_islam_SIM_0543. ISBN 9789004161214.
  • Madelung, Wilferd (1985). "ʿALĪ AL-REŻĀ". Encyclopaedia Iranica. I/8. m/s. 877–880.
  • Madelung, Wilferd (2003). "Ḥasan B. ʿAli B. Abī Ṭāleb". Encyclopaedia Iranica. XV/3. m/s. 327–328.
  • Nasr, Seyyed Hossein; Afsaruddin, Asma (2023). "ʿAlī". Encyclopedia Britannica.