Bandai Super Vision 8000 merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Bandai pada tahun 1979. Konsol ini tergolong dalam generasi kedua konsol permainan video. Konsol ini mempunyai input TV yang membolehkan konsol ini disambung ke television untuk memperlihatkan imej grafik[1].
Untuk rekod, hanya 7 permainan video sahaja yang dikeluarkan untuk konsol ini dan kesemuanya dibangun dan dikeluarkan oleh Bandai[2]. Konsol ini tidak mendapat sambutan ramai kerana harga yang ditawarkan adalah mahal pada ketika itu serta tidak banyak permainan video yang dikeluarkan[3]. Konsol ini ditamatkan tidak sampai setahun selepas pelancarannya[3].
Spesifikasi
Spesifikasi yang terdapat dalam konsol ini boleh dikatakan agak tinggi pada sela masa generasi kedua konsol permainan video, menggunakan cip mikropemproses NEC D780C 8-bit yang mampu mencapai kelajuan sebanyak 3.58 MHz serta mempunyai cip mikropemproses untuk audio yang mampu mengeluarkan saluran 3 audio[4].
Sistem teras
|
Cip mikropemproses
|
NEC D780C 8-bit berkelajuan 3.58 MHz
|
RAM
|
tiada
|
RAM video
|
tiada
|
Grafik dan suara
|
Palet warna
|
16 warna
|
Resolusi skrin
|
256 px x 192 px
|
Saluran audio
|
3 saluran
|
Rujukan
|
---|
1970-an | |
---|
1980-an | |
---|
1990-an | |
---|
2000-an | |
---|
2010-an | |
---|
2020-an | |
---|