BCA Card ialah jenama kad kredit Indonesia yang diterbit oleh Bank Central Asia (BCA). Ia diperkenalkan pada bulan Disember 1979,
kemudian datang dengan label antarabangsa menerusi jenama MasterCard (Amerika Syarikat) dan JCB (Jepun) pada bulan November 1983 dan VISA (Amerika Syarikat) pada bulan Januari 1989 (John A. Quelch, 1996 : 274)[6]. Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif BCA pada masa itu, Mochtar Riady, pada awal Disember 1979, BCA Card akan dilancar sekiranya penyata imbangan BCA telah melebihi 100 bilion rupiah (sekira 285.714.285,72 dolar AS, 1 dolar AS = 350 rupiah).
Kad kredit BCA berjenama antarabangsa menerusi usahasama dengan MasterCard (Amerika Syarikat) dan JCB (Jepun) pada bulan November 1983, kad ini ialah kad kredit kedua dan ketiga yang diterbit oleh bank tempatan di Indonesia dengan jenama antarabangsa, sepertimana Bank Duta Ekonomi yang merangka usahasama dengan VISA Inc. (Amerika Syarikat)[7], kad kredit BCA VISA baru sahaja diperkenalkan pada akhir Januari 1989. Mengikut Ketua Pegawai Eksekutif BCA seterusnya, Abdullah Ali, BCA ialah bank tempatan pertama di Indonesia yang melancarkan kad kredit.
BCA Card memperkenalkan edisi kartun animasi untuk jenama antarabangsa menerusi usahasama dengan DC Comics Inc., pencipta watak Batman, untuk BCA Card VISA[8]; dan Looney Tunes Inc., pencipta watak Taz-Mania, untuk BCA Card MasterCard. BCA Card dengan corak batik dilancar pada tahun 2011, iaitu BCA Card Platinum[9] dan BCA Card VISA Singapore Airlines[10][11][12].
Rujukan
Pautan luar