Ayrton Senna da Silva (21 Mac 1960 – 1 Mei 1994) ialah seorang pemandu lumba kereta dari Brazil yang memenangi tiga kejuaraan dunia Formula Satu.
Beliau diamati banyak dalam kalangan rakan seperjuangan dan saingannya, wartawan dan peminat sebagai antara pemandu terhebat dan terbilang sepanjang sukan Formula 1.[1][2][3][4][5][6] Kemalangan yang meragut nyawa beliau semasa menerajui Grand Prix San Marino 1994 sangat mengesan dalam dunia sukan lumba kereta, lagi-lagi dalam kalangan warga Brazil yang melihatnya sebagai suatu tokoh sukan lagenda.
Awal hidup dan pendidikan
Ayrton Senna lahir pada 21 Mac 1960 di Hospital Bersalin São Paulo di kejiranan Cerqueira César São Paulo.[7][8] Beliau anak kepada Milton da Silva, seorang pemilik kilang, dan Neyde Senna da Silva.
Ayrton mula meminati sukan perlumbaan kereta semasa menonton animeSpeed Racer di televisyen masa kecil.[9] beliau mula melibatkan diri dalam sukan perlumbaan kereta - khususnya karting - pada usia 13 tahun.[10]
Senna melibatkan diri dalam Kejohanan Formula Tiga British 1983 melalui pasukan West Surrey Racing, di mana beliau melawan sengit Martin Brundle dari Eddie Jordan Racing pada bahagian kedua sebelum berjaya menangkisinya pada pusingan terakhir perlawanan.[11] Kemenangan ini disambut baik di tanah airnya sehinggakan Presiden Brazil ketika itu, João Figueiredo, mengutuskan suatu telegram mengucapkan terima kasih kepadanya.[12]
Dalam peringkat Formula Satu
Beliau membuat kemunculan perdana F1nya di Grand Prix 1984Rio de Janeiro di tempat ke-17th namun terpaksa berhenti berikutan kegagalan turbocharger Hart 415T beliau pada pusingan ke-8. Beliau meraih mata World Championship pertamanya di di Afrika Selatan serta mengulangi pencapaian sama di Belgium.
Grand Prix San Marino 1994 diadakan di litar Autodromo Enzo e Dino FerrariImola, Itali antara 28 April dan 1 Mei 1994. Pada hari terakhir perlumbaan ini, Senna berjaya menangkisi Michael Schumacher pada pusingan ke-6 dan meneruskan momentumnya pada pusingan seterusnya namun hilang kawalan keretanya yang terkeluar dari batasan litar dengan kelajuan 307 km/j - sasaran tersebut mengenai suatu tembok konkrit dengan kelajuan 233 km/j - maskipun Senna sendiri sempat menginjakkan breknya.
Senna segera dikeluarkan dari bangkai kereta di mana beliau diperiksa lemah jantung, suatu pembedahan tekak kecemasan dibuat untuk menyelamatkan pernafasan beliau; badannya dibawa melalui helikopter ke Hospital Maggiore de Bologna[13] untuk menjalani rawatan kecemasan, namun Senna gagal diselamatkan.[13][14] Ketua jabatan keselamatan hospital mencatat waktu matinya pada 18:40 namun dipinda kemudian kepada jam 14:17 saat Senna dikatakan melanggar tembok lalu terputus batang otak yang melumpuhkannya, menurut ketua perubatan F1 Sid Watkins yang juga saksi kejadian.[15][16]
Pengebumian
Kerandanya dihantar balik ke Brazil menaiki pesawat McDonnell-Douglas MD-11 milik VARIG ditemani waris dan sahabat handai sambil diiringi pesawat tentera Brazil. Setelah ia tiba di São Paulo, keranda tersebut dibawa ke taman berhadapan bangunan Dewan Perwakilan untuk diberi penghormatan terakhir oleh para warga sekotanya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Morumbi dihadiri kira-kira dua juta orang awam;[17] kuburnya masih dikunjungi banyak orang meskipun setelah bertahun-tahun.[18]
Banyak peningkatan dari segi keselamatan dibuat berikutan perhatian yang diberikan terhadap kemalangan Senna, lagi-lagi dengan kejadian sama yang meragut nyawa Roland Ratzenberger serta mencederakan rakan sepasukannya Rubens Barrichello; hal ini termasuk pembaikan tembok hentakan, perekaan semula litar lumba agar lebih selamat serta pengehadan kuasa senjin yang dibenarkan semasa berlumba.
Suatu yayasan ditubuhkan kakaknya memenuhi hajat dan rancangan yang dibuat Ayrton sendiri beberapa bulan sebelum kemalangan San Marino itu; Instituto Ayrton Senna didirikan atas tujuan ini bekerjasama dengan pemerintah setempat, badan-badan bukan pemerintah dan swasta serta sekolah-sekolah kepada anak-anak berpendapatan rendah yang ingin meningkatkan kemahiran diri.[19][20]
^Hilton, Christopher, Ayrton Senna – The Complete Story (2004), pp. 99–116.
^"Plano Geral". Correio Braziliense. 27 Oktober 1983. Dicapai pada 7 Jun 2019.
^ ab"Brasil chora a morte de um herói". Jornal do Brasil (dalam bahasa Portugis). 2 Mei 1994. Dicapai pada 8 September 2018 – melalui memoria.bn.br. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
^"Emoção marca chegada do corpo de Senna". Jornal do Commercio (Amazonas) (dalam bahasa Portugis). 5 Mei 1994. Dicapai pada 8 September 2018 – melalui memoria.bn.br. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)