Audrey Hepburn (4 Mei 1929 - 20 Januari 1993) adalah seorang pelakon British yang mempunyai kerjaya yang luas dalam filem, televisyen, dan di atas pentas dari 1948 hingga 1993. Dinilai sebagai legenda pelakon wanita ketiga terbesar dalam zaman klasik kegemilangan Hollywood oleh Lembaga Filem Amerika (AFI),[1] beliau diingati sebagai ikon filem dan fesyen.[2][3][4] Debut beliau adalah sebagai seorang pramugari dalam filem Belanda tahun 1948 Dutch in Seven Lessons.[5]