Ashton-Tate (Ashton-Tate Corporation) ialah sebuah syarikat perisian bertapak di Amerika Syarikat yang dikenali kerana telah membangunkan aplikasi pangkalan data dBASE. Ashton-Tate berkembang daripada sebuah syarikat garaj kecil-kecilan kepada sebuah perbadanan multinasional. Pernah menjadi salah satu daripada tiga syarikat perisian terbesar bersama-sama Microsoft dan Lotus, syarikat ini jatuh dan kemudiannya dijual kepada Borland pada bulan September 1991.
Produk bukan dBASE
RapidFile
Sebuah atur cara pangkalan data fail rata yang dilancarkan pada bulan Oktober 1986 yang selalunya digunakan untuk mencipta label mel dan surat borang pada komputer peribadi yang menjalankan sistem pengendalian DOS.