* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 Mac 2020 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2019
Vidal membuat debut profesional pada perlawanan akhir Kejohanan Apertura 2006 menentang musuh tradisi, Universidad de Chile, Colo-Colo menang 2-1 dan menjuarai kejohanan itu. Vidal menjaringkan tiga gol untuk Colo-Colo pada kempen Copa Sudamericana 2006. Penampilan beliau telah menarik perhatian dari kelab Eropah.
Bayer Leverkusen
Vidal meninggalkan Colo-Colo pada musim 2007 untuk berpindah ke Bayer Leverkusen pada musim panas. Beliau juga memaparkan aksi terbaik di Piala Dunia B-20 FIFA 2007 dan itu merupakan salah satu alasan jurulatih Bayer, Rudi Völler membeli Vidal yang baru berusia 20 tahun.[1] Kedua-dua kelab itu bersetuju dengan harga $11 juta dan Bayer membayar $7.7 juta.
Vidal terlepas perlawanan pertama musim akibat kecederaan dan membuat debut pada 19 Ogos 2007, tewas kepada [Hamburger SV|Hamburg]]. Pada musim 2008-09, beliau mengalami kecederaan ketika menentang VfL Bochum pada 8 Mac dan terpaksa direhatkan sepanjang bulan itu. Beliau kemudian kembali dan menjaringkan gol ketika menang 4-1 ke atas Mainz pada separuh akhir Piala Jerman tetapi tewas kepada Werder Bremen pada perlawanan akhir.
Pada musim 2010-11, beliau membantu kelabnya menduduki tempat kedua Bundesliga dan merupakan pemain terbanyak melakukan hantaran sebanyak 11 kali.[2]
Juventus
Selepas musim yang baik pada 2010-11, Vidal dikaitkan perpindahan ke Bayern Munich. Pada 22 Julai 2011, beliau berpindah ke Juventus sebanyak €10.5 juta dengan kontrak lima tahun. Beliau membuat debut untuk Juventus pada perlawanan pembukaan liga menentang Parma. Beliau menjaringkan gol pada kemunculan pertamanya enam minit selepas menggantikan Alessandro Del Piero, Juventus menang 4-1.
Pada 19 September 2012, Vidal menjaringkan gol pertamanya di Liga Juara-Juara pada peringkat kumpulan menentang Chelsea, seri 2-2.[3] Selepas bermain untuk Juventus menjulang trofi Serie A, beliau diundi pemain tahunan oleh peminat di laman web; juventus.com.[4]
Pada 27 November 2013, Vidal menjaringkan hatrik ketika menentang FC Copenhagen pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Beliau menjaringkan gol dengan dua tendangan penalti dan satu tandukan. Itu merupakan hatrik pertama dalam kerjayanya. Beliau menjadi pemain pertama Juventus yang melakukan hatrik di Liga Juara-Juara sjeak bekas pemain Juventus, Filippo Inzaghi menentang Hamburg pada 2000.[5]