Arnab Kerdil (Brachylagus idahoensis) ialah sejenis arnabAmerika Utara, dan satu daripada dua spesies arnab di Amerika yang menggali lubang. Arnab Kerdil merupakan satu-satunya ahligenusBrachylagus.
Walaupun disenaraikan sebagai spesies terancam di Lembangan Columbia di rantau Barat Laut Pasifik di Amerika Syarikat, namun IUCN menyenaraikan spesies ini sebagai berisiko rendah, kerana populasi Lembangan Columbia Basin merupakan populasi relik terpencil yang berbeza dari segi genetik dan semakin menuju ke arah evolusi menjadi subspesies berbeza, sedangkan IUCN hanya mengambil kira setiap spesies pada keseluruhannya.
Arnab Kerdil merupakan arnab yang paling kecil di dunia.[2][3][4][5] Untuk yang dewasa, min beratnya adalah 375 hingga sekitar 500 gram (kira-kira 13 auns hingga 1 paun), dan panjang tubuhnya 23.5 hingga 29.5 sentimeter (9¼ hingga 11½ inci); yang betina lebih besar sikit daripada yang jantan. Arnab kerdil mudah dibezakan dengan arnab lain kerana saiznya yang kecil, telinganya yang pendek, warna kelabu, kaki belakang yang kecil, dan tiadanya bulu putih pada ekor.
Taburan
Taburan arnab kerdil merangkumi sebahagian besar Lembangan Besar dan sesetengah kawasan antara gunung yang berdekatan, di rantau barat Amerika Syarikat[6]. Arnab kerdil dijumpai di Montana barat daya dari sudut paling tenggara berdekatan sempadan Idaho di utara Dillon dan Bannack di Kaunti Beaverhead[7]. Arnab kerdil terus bertaburan ke arah timur hingga Idaho selatan dan Oregon selatan, dan ke selatan hingga Utah utara, Nevada utara, dan California timur. Populasi terpencil juga dijumpai di Washington [8] and Wyoming [9].
Taburan aras tinggi arnab kerdil di negeri Nevada menjangkau 4,494 hingga 7,004 kaki (1,370–2,135 m), dan di California pula 4,986 hingga 5,298 kaki (1,520–1,615 m) [6].
^George Gilbert Goodwin, Frederick Drimmer (1954). The Animal kingdom: the strange and wonderful ways of mammals, birds, reptiles, fishes, and insects; a new and authentic natural history of the wildlife of the world, Volume 1. Cornell University. m/s. 246.
^George C. Goodwin (1962). Small mammals. Cornell University.
^ abRalat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama r8
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama r4
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama r2
^Campbell, Thomas M., III; Clark, Tim W.; Groves, Craig R. 1982. First record of pygmy rabbits (Brachylagus idahoensis) in Wyoming. Great Basin Naturalist. 42(1): 100