Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLARF; Bahasa Cina: 中国人民解放军火箭军code: zh is deprecated ), bekas Kor Kedua Artileri (SAC; Bahasa Cina: 第二炮兵code: zh is deprecated ), ialah pasukan peluru berpandustrategik dan taktikal Republik Rakyat China. PLARF adalah sebahagian dari komponen Tentera Pembebasan Rakyat dan mengawal gudang peluru berpandu balistik milik negara yang berpangkalan di darat— jenis (termo) nuklear dan konvensional. Cabang tentera ini telah ditubuhkan pada 1 Julai 1966 dan membuat penampilan sulung pada 1 Oktober 1984. Markas operasinya terletak di Qinghe, Beijing. PLARF berada dibawah arahan terus Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China.
Secara keseluruhannya, China dianggarkan mempunyai 280 kepala peledak nuklear, dengan jumlah aktif yang tidak diketahui dan bersedia untuk dikerahkan.[2] Bagaimanapun, sehingga tahun 2013, pihak Risikan Amerika menganggarkan perlengkapan aktif ICBM China di antara 50 dan 75 buah peluru berpandu yang berpangkalan di darat dan laut.[3] PLARF mengandungi kira-kira 100,000 anggota dan 6 briged peluru berpandu balistik. Enam briged secara bebas ditempatkan di wilayah-wilayah tentera yang berlainan di seluruh negara. Kini ia mempunyai 1,833 peluru berpandu balistik dan 350 peluru berpandu krus dalam simpanannya.
Namanya telah ditukar kepada Angkatan Roket Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada 1 Januari 2016.[4] Beberapa laporan telah mencadangkan bahawa PLARF dapat mengawal seluruh triad peluru berpandu nuklear China, termasuk peluru berpandu balistik yang berpangkalan di laut.[5][6]
Qian Xuesen (juga dikenali sebagai Tsien Hsue-shen)
Rujukan
Petikan
^"The PLA Oath"(PDF). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2016-05-09. Dicapai pada 2019-10-31. I am a member of the People's Liberation Army. I promise that I will follow the leadership of the Communist Party of China...
^Fisher, Richard D., Jr. (6 January 2016). "China establishes new Rocket Force, Strategic Support Force". Jane's Defence Weekly. Surrey, UK: Jane's Information Group. 53 (9). ISSN0265-3818. This report also quotes Chinese expert Song Zhongping saying that the Rocket Force could incorporate 'PLA sea-based missile unit[s] and air-based missile unit[s]'.