Filem Anak Buloh Betong merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1966. Filem Anak Buluh Betong diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Pengarah
Filem Anak Buluh Betong diarahkan oleh pengarah berbakat S. Kadarisman pada 1966 di Malay Film Productions Ltd.
Ringkasan
Raja Bangkahulu (Aziz Jaafar) menjumpai seorang bayi lelaki di pohon buluh betong semasa berburu bersama pengikutnya di hutan. Baginda dan Permaisuri Ratnasuri (Rosnani Jamil) memelihara bayi tersebut dan menamakannya sebagai Tengku Rangkas. Apabila meningkat dewasa, Rangkas (S. Rosley) menjadi semakin buas apabila ramai gadis-gadis kampung diperkosanya. Perkara itu telah disampaikan oleh Panglima Lintah (Ahmad Mahmud), namun tidak dipercayai oleh Permaisuri yang ketika itu sedang hamil. Apabila berlakunya kejadian apabila sahabat baik Raja Bangkahulu iaitu Orang Kaya Manera (A. Rahim) telah dipukul hingga cedera parah dan isterinya telah dicabul kehormatannya, barulah pasangan diraja itu mempercayainya. Rangkas mula menderhaka kepada keluarga angkatnya setelah dihalau oleh Raja Bangkahulu lalu kembali dan merampas takhta ayahanda angkatnya. Panglima Lintah dan isterinya menyelamatkan Raja Bangkahulu dan Permaisuri, namun raja itu telah mangkat dan permaisuri akhirnya melahirkan seorang putera yang diberi nama sebagai Tengku Bujang Jauh. Putera itu dijaga dan dilatih oleh Panglima Lintah akan ilmu pertarungan bagi menjayakan misi mereka untuk merampas kembali takhta dan menuntut bela atas kemangkatan Raja Bangkahulu. Semasa upacara pernikahan Tengku Rangkas dan Tengku Puteri Mayang Mas (Saadiah), Tengku Bujang Jauh muncul dan berlakulah pertarungan diantara kedua-dua mereka. Akhirnya Rangkas berjaya ditewaskan dan melarikan diri ke dalam hutan. Sebaik sahaja sampai ke pohon buluh betong, dia mendapati pohon buluh itu telah dibakar dan Panglima Lintah muncul lalu menghumban Rangkas ke dalam pohon buluh yang terbakar itu. Tamatlah riwayat anak buluh betong itu.
Pelakon
Lagu
Tuan Puteri Buloh Betong
Dalam filem Laxmana Do Re Mi terbitan Merdeka Film Productions, Do bertanya sama ada Tuan Puteri Buloh Betong ada pertalian dengan Tengku Rangkas. Tuan Puteri Buloh Betong menjelaskan bahawa Tengku Rangkas merupakan ayahanda baginda.[perlu rujukan] Kemungkinan pada suatu ketika selepas merampas takhta Raja Bangkahulu, Tengku Rangkas telah menghamilkan wanita yang tidak diketahui, dan Tuan Puteri Buloh Betong dilahirkan selepas kematian Tengku Rangkas.
Pautan luar