Rencana ini perlu dikembangkan untuk memenuhi kriteria sebagai rencana Wikipedia. Bantulah untuk mengembangkan rencana ini. Jika tidak dikembangkan, rencana ini akan dihapus.
Alternatif untuk Jerman (Bahasa Jerman: Alternative für Deutschland, AfD) merupakan sebuah parti politikJerman berfahaman populisme sayap kanan[17][18][19] dan Euroskeptisme.[20][21][22][23]
Parti ini didirikan pada bulan April 2013. Parti ini memenangi 4.7% suara dalam pilihan raya persekutuan negara tersebut pada tahun yang sama dan hampir memperoleh 5% undian untuk melayakkan mendapat kerusi di Bundestag. Pada tahun 2014 pula, parti ini memenangi 7.1% undian iaitu 7 dari 96 kerusi untuk mewakili Jerman dalam Parlimen Eropah melalui pilihanraya yang dilangsungkan pada tahun itu. Serta tergolong dalam kelompok Konservatif dan Reformis Eropah (ECR) sehingga AfD diusir dari kelompok itu pada bulan April 2016 mengikuti aliansi AfD dengan Parti Kemerdekaan Austria. Setelah pemimpin AfD membuat pernyataan kontroversi mengenai suatu usul yang mencadangkan penembakan imigran. Ketika perhimpunan agung parti ini berlangsung pada 30 April 2016, salah seorang anggotanya dalam Parlimen Eropah, Marcus Pretzell telah mengumumkan niatnya untuk menyertai kelompok Eropah Milik Bangsa-bangsa dan kebebasan yang merupakan parti pecahan daripada Barisan Nasional di Perancis.[24]
Pada Mei 2017, anggota parti ini telah menduduki 13 dari 16 kerusi parlimen di negeri-negeri Jerman.[25] Parti ini buat masa sekarang diketuai oleh Frauke Petry dan Jörg Meuthen.
^Horn, Heather. "The Voters Who Want Islam Out of Germany". The Atlantic. The Atlantic Monthly Group. Dicapai pada 22 January 2018. The AfD’s founder Bernd Lucke, an economics professor, left the party last summer, condemning rising xenophobia.
Dancygier, Rafaela. "The anti-Muslim AfD just scored big in Germany's election. What does this mean for German Muslims?". Missing or empty |url= (bantuan)
^Frank Decker (2015). "Follow-up to the Grand Coalition: The Germany Party System before and after the 2013 Federal Election". Dalam Eric Langenbacher (penyunting). The Merkel Republic: An Appraisal. Berghahn Books. m/s. 34–39. ISBN978-1-78238-896-8.