Alternate Records Sdn. Bhd. atau dipasarkan sebagai Alternate Records & Talents (sebelum ini menggunakan jenama Monkey Bone Records) merupakan sebuah label rakaman bebas di Malaysia yang diasaskan oleh Ahmad Izham Omar yang merupakan subsidiari Media Prima Berhad[1].
Sejarah
Alternate Records & Talents mula beroperasi pada tahun 2006 dengan mengambil juara dan naib juara One In A Million musim pertama, Suki Low dan Faizal Tahir sebagai artis rakaman mereka yang pertama.
Monkey Bone pernah menjadi salah satu syarikat ahli Persatuan Industri Rakaman Malaysia[2] Monkey Bone juga mempunyai saluran kandungan Islamik di Youtube dengan jenama Rehal Channel yang mengurus kandungan Islamik daripada Media Prima.
Monkey Bone pernah menjadi penganjur bersama KAMI The Gig yang diadakan sekitar Malaysia pada 2008. Gig tersebut menampilkan pelbagai kugiranindie dari Malaysia.
Pada Julai 2021, Monkey Bone Records mula dikenali sebagai Alternate Records & Talents.
Finalis kugiran program realiti "Lagu Cari Tuan" anjuran Hot FM juga diberi peluang bernaung di bawah Alternate Records & Talents. Finalis tersebut adalah band berkumpulan iaitu Pendekar, Voice In Public dan Qarl & The Narrators.