8TV Unzipped ialah siri gig muzik yang dianjurkan oleh saluran televisyen 8TV dengan kerjasama syarikat rakaman, Monkey Bone Records. Siri ini merangkumi 12 acara persembahan yang menampilkan para pemuzik dan penyanyi tempatan Malaysia, Acara 8TV Unzipped juga dirakam untuk disiarkan di kaca TV. Unzipped dianjurkan bertujuan untuk "menyediakan sokongan untuk artis-artis atau kugiran-kugiran indie tempatan untuk meluaskan pengaruh dalam persada muzik Malaysia"[1]. Ia juga bertujuan untuk dapat meningkatkan lagi jumlah peminat dan menarik perhatian penyokong baru[2].
Siri perintis 8TV Unzipped diadakan di kelab Ruums KL, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, sepanjang bulan Jun dan Julai 2008, dan disiarkan di 8TV dari November 2008 hingga Januari 2009. Program ini mendapat pencalonan dalam Anugerah Skrin 2009 bagi kategori rancangan muzikal terbaik[3].
Acara
Rujukan
Pautan luar