Al-Masaar |
---|
Berasal dari | |
---|
Genre | Nashid |
---|
Pekerjaan | Vokal / Pemuzik |
---|
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
---|
Laman sesawang | Blog Rasmi |
---|
|
Ahli | Effendi Alamin Sofyan Mu'adz Hamzah Aziz |
---|
Kumpulan Al-Masaar merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Al-Masaar merupakan sebuah kumpulan yang menggabungkan 6 orang anak muda yang menaruh minat yang mendalam di dalam bidang seni.
Latarbelakang
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1996, sejarah Al-Masaar dikatakan bermula seawal tahun 1994. anggota-anggota Al-masaar tidak pernah menjangkakan kumpulan ini mampu bertahan sebegini lama walau tanpa sebarang album, hanya taun ukhuwah dan persahabatan yang mengikat.
Makna
Al-Masaar bermakna "laluan" ("the path" di dalam bahasa feringgi).
Konsep
konsep yang pernah diterokai Al-Masaar adalah pelbagai, dan yang terkini adalah a cappella, genre muzik yang amat luas ruang lingkupnya.
Kebolehan
Selain menyanyi, anggota-anggota Al-Masaar juga berkebolehan dalam pelbagai aktiviti seni lain termasuk bersilat, tarannum, choral speaking (main-main sambil mencuba), berlakon (teater, pentomen, dsb.), penulisan (puisi, lirik, skrip, storyboard), seni grafik (khat, grafik komputer, dan lain-lain.) serta sedikit kebolehan bermain alatan muzik seperti perkusi, gitar, piano, seruling/ rekorder, dan violin (cuba-cuba sahaja).
Ahli-ahli
Al-Masaar kini dianggotai Effendi (25), Alamin (24), Sofyan (23), Mu'adz (25), Hamzah (25) dan Aziz (27). Kesemua anggota Al-Masaar menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Diskografi
Album
Lagu-lagu
Pautan luar