Abdullah ibn Abdul Rahman al-Darimi (Arab: عبد الله بن عبد الرحمن الدارمي, rumi: Abd Allāh ibn ʿAbd al-Raḥmān al-Dārimī; 797–869 M) ialah seorang ulama Islam dan seorang Imam berketurunan Arab.[1] Karya terbaiknya yang terkenal ialah Sunan al-Darimi, sebuah himpunan buku hadis,[2] yang menjadi salah satu daripada Sembilan Kitab (Al-Kutub Al-Tis’ah).[3]
Biografi
Al-Darimi datang daripada suku keluarga Banu Darim bin Malik bin Hanzalah bin Zaid bin Manah bin Tamim, atau suku Arab Banu Tamim. Dia juga dikenali sebagai al-Tamimi, yang mempunyai hubungan dengan Tamim bin Murrah, salah seorang leluhur Banu Darim.
Al-Darimi menyatakan, "Saya dilahirkan pada tahun yang sama Abdullah bin al-Mubarak meninggal dunia, dan Abdullah bin al-Mubarak meninggal dunia pada 181 H."
Al-Darimi meriwayatkan hadis daripada Yazid ibn Harun [ar], Abdullah bin Awn, dan lain-lain. Sebilangan ulama juga meriwayatkan hadis daripadanya, termasuk Muslim bin al-Hajjaj, Abu Daud, al-Tirmizi, dan Abu Zur'ah al-Razi.
Karya
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Pangkalan data saintifik | |
---|
Lain-lain | |
---|