Akrilamida (atau akrilik amida) ialah sebuah sebatian organik dengan formula kimia CH2=CHC(O)NH2. Sebatian ini ialah sebuah pepejal putih tak berbau yang larut dalam air serta sesetengah pelarut organik. Dalam sudut kimia, akrilamida ialah sebuah amida primer yang digantikan dengan kumpulan vinil. Bahan ini lazim dihasilkan sebagai pendahulu dalam penghasilan poliakrilamida yang digunakan dalam pelbagai tempat sebagai pemekat larut air dan agen pengelompokan. Bahan ini adalah sangat beracun, dan mungkin merupakan karsinogen (sebatian punca kanser),[6] tetapi terbitan utama sebatian (poliakrilamida) pula tidak beracun.
Tindak balas ini dicepatkan dengan bantuan asid sulfurik serta pelbagai jenis garam logam. Walaupun begitu, hidrolisis ini lazim dimangkinkan dengan enzim nitril hidratase. Pada 2008, kira-kira 750,000,000 kg poliakrilamida dihasilkan, dan ini memerlukan jumlah akrilamida yang sama.[7]
Rujukan
^ abcdefgNIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0012" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).