Ahmad Bakhtiar (2 Januari 1902 – 4 Ogos 1961) atau nama sebenar Ahmad bin Abdullah ialah seorang penulis lebih 60 buah buku pelbagai jenis.
Ahmad Bakhtiar |
---|
Kelahiran | Ahmad bin Abdullah (1902-01-02)2 Januari 1902
|
---|
Meninggal dunia | 4 Ogos 1961(1961-08-04) (umur 59) |
---|
Pekerjaan | Penulis |
---|
Tahun aktif | 1936 – 1961 |
---|
Dia lahir pada 2 Januari 1902 di Kajang, Selangor dan meninggal dunia pada 4 Ogos 1961.
Pendidikan
Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semenyih dan kemudiannya memasuki Sekolah Melayu Kajang. Setelah menamatkan persekolahannya di Kajang, dia berkhidmat di Pejabat Daerah Kajang. Tahun 1919, belajar di Maktab Perguruan Melaka.
Kerjaya
Mulanya bekerja di Pejabat Daerah Hulu Langat di Kajang. Setelah menerima latihan perguruan, dia mengajar di Sekolah Melayu Jenderam, Hulu Selangor, Selangor. tahun 1923 menjadi Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim. Pengetua SITC, O.T Dussek menghantar beliau ke daerah pulau Singapura untuk belajar sukan dengan J.W Jeffeson. Pada tahun 1954, setelah berkhidmat sebagai Guru dan Guru Besar, beliau bersara sebagai guru besar dan Pensyarah.
Penulisan
Menurut cikgu Buyong Adil, nama samaran Ahmad Baktiar diambil dari dari Hikayat Bakhtiar yang diminatinya. Lebih kurang 60 novel dihasilkan terutama genre novel sejarah. Buyong Adil banyak memberi dorongan, idea dan bimbingan kepadanya dan menjadikan Sejarah Melayu sebagai sumber rujukan.
- Bujang Seumur Hidup
- Rahsia Seorang Gadis (1936)
- Tanjung Mala Setahun (1936)
- Keris Melaka
- Korban Keris Melaka
- Riwayat Hang Tuah di Air Masin
- Rahsia Keris Putih
- Puteri Gunung Ledang (1947)
- Lelehan Air Mata Dayang
- Kerana ilmu Pelimun
- Siapakah dapat
- Puteri Pertiwi
- Hujan Darah di Sungai Muar
- Rahsia Permainan Silap Mata
- Semalam Baru Bertunang.<ref>Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, DBP,hlm 161<ref>Hasil penulisan atas nama Ahmad Abdullah termasuk:-
- Cermin kanak-kanak. Ipoh: The Ipoh Malay Press.
- Pengetahuan kehidupan. Ipoh: Shamsudin Salleh, 1939.
- Rahsia permainan silap mata. Tanjung Malim: En Kecut, Sberang, Selangor, 1933.
- Sahabat baharu. Taiping: Al Zainiah Press, 1938.
Rujukan