Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman ialah seorang aktivis kemanusiaan di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Penasihat Khas Kementerian Luar Malaysia mengenai Afghanistan sejak 2021 sehingga 2022.[1]
Beliau dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mewakili Malaysia, sejak 2019 hingga 2022, dan kemudian telah dilantik semula bagi penggal kedua, dari 2022-2025.[2]
Beliau juga ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dari 1997[3] hingga 2005.[4] Beliau kini merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang ke-2.
Penulisan
- Ahmad Azam Ab Rahman; Najmuddin Mohd Nawi; Muhammad Suhail Ahmad (2016). Erdogan Bukan Pejuang Islam?. Selangor: PTS Publications. ISBN 9789674119041.
Anugerah dan pengiktirafan
Rujukan