Agensi Makanan Singapura
اݢينسي ماكنن سيڠاڤورا|
Dibentuk | 01 April 2019 (2019-04-01) |
---|
Agensi-agensi terdahulu | |
---|
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
---|
Ibu pejabat | 52 Jurong Gateway Road, #14-01, Singapore 608550 |
---|
Eksekutif agensi | - Lim Chuan Poh, Pengerusi
- Lim Kok Thai, Ketua pegawai eksekutif
|
---|
Agensi induk | Kementerian Kemampanan dan Sekitaran |
---|
Laman sesawang | sfa.gov.sg |
---|
ID agensi | T18GB0002F |
---|
Agensi Makanan Singapura (Bahasa Inggeris: Singapore Food Agency, kependekan: SFA; Bahasa Cina: 新加坡食品局; Bahasa Tamil: சிங்கப்பூர் உணவு அமைப்பு) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran. Ia dibentuk bagi menyelia keselamatan dan keterjaminan makanan di Singapura.[1][2][3]
Sejarah
Agensi ini diumumkan pertama kalinya pada Julai 2018 bagi menyatukan segala fungsi berkaitan makanan, yang pada masa kini dilaksanakan oleh Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan (AVA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA). Selari dengan itu, semua fungsi berkaitan tumbuhan dan haiwan bukan makanan akan dipindahkan kepada Lembaga Taman Negara (NParks). Pusat Kebangsaan bagi Sains Makanan (NCFS) juga akan ditubuhkan untuk menggabungkan keupayaan-keupayaan makmal makanan merentasi lembaga-lembaga berkanun yang berbeza.[2][1]
Rujukan
Pautan luar