Ada Apa Dengan Rina |
---|
Pengarah | Harlif Haji Mohamad Farid Azlan Ghani |
---|
Penulis | Farid Azlan Ghani |
---|
Dihasilkan oleh | Nurain Abdullah |
---|
Dibintangi | Syukri Mahari Tauffek Ilyas Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin |
---|
Sinematografi | Yusrin Yahya |
---|
Muzik oleh | Pengiran Mohammad Yusri Pengiran Haji Yahya Harlif Haji Mohamad |
---|
Syarikat penerbitan | Regalblue Production |
---|
Tarikh tayangan |
- 23 Februari 2013 (2013-02-23)
|
---|
Masa tayangan | 90 minit |
---|
Negara | Brunei |
---|
Bahasa | Melayu Brunei |
---|
Ada Apa Dengan Rina merupakan sebuah filem komedi Brunei 2013 arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani. Ia diterbitkan oleh Regalblue Production dan merupakan filem cereka kedua Brunei selepas Gema Dari Menara (1968).
Filem ini menggunakan dialek Melayu Brunei yang sering digunapakai oleh masyarakat Brunei setiap hari.[1] Ia merupakan pertama kali dialek sebegini digunapakai dalam sebuah filem.[1][2][3] Selain itu, buat pertama kali pelakon dan belakang tabir menggunakan kepakaran anak tempatan sepenuhnya.[1]
Pelakon
- Syukri Mahari sebagai Hakim
- Tauffek Ilyas sebagai Faisal
- Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina
- Haji Mohd Firdaus Haji Salleh sebagai Elvis
- Norharizah Haji Sisi sebagai Tini
Penampilan khas
- Hans Anuar
- Zul Faden
- Lo Ryder
Rujukan
Pautan luar