A. Samad Said


Dato' Seri (Dr) A. Samad Said pada 28 Mac 2015.
Kelahiran
Abdul Samad bin Mohamed Said

(1935-04-09) 9 April 1935 (umur 89)
Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, Negeri-negeri Selat (kini Malaysia)
Pusat pendidikanSekolah Victoria, Singapura
PekerjaanPenulis, penyair, pengarang, aktivis keamanan
Tahun aktif1955 - kini
PasanganSalmi Manja (k. 1958; m. 2023)
Karier menulis
BahasaMelayu (utama)
Inggeris (kedua)
GenreCereka sastera, sajak, catatan perjalanan
Karya terkenalSalina (novel)
Anugerah
  • Pejuang Sastera (1976)
  • Anugerah Penulis S.E.A. (1979)
  • Sasterawan Negara (1985)
  • Sasterawan Nusantara (1999)

Dato' Seri (Dr) Abdul Samad Mohamed Said (lahir 9 April 1935)[1][2] ialah seorang penulis dan penyair Malaysia. Pada Mei 1976, beliau dinamakan oleh komuniti kesusasteraan Malaysia dan banyak ahli bahasa negara sebagai Pejuang Sastera dalam dekad berikut, di Anugerah Penulis S.E.A. 1976 dan, pada tahun 1986, sebagai penghargaan tulisan dan sumbangan berterusannya kepada warisan sastera negara, atau Kesusasteraan Melayu, Sasterawan Negara. Pada tahun 2015, beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).[3]

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka. Dari ibunya beliau sering mendengar cerita rakyat seperti cerita Batu Belah Batu Bertangkup. A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. Beliau juga gemar membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Heights dan Almayer’s Folly.

Beliau membaca pelbagai penulisan dari pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li Po, Tu Po dan Rabindranath Tagore. Ketika membaca, beliau akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.

Kerjaya

Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan. Bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur. Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah, Usman Awang, Said Zahari, dan beliau turut berhijrah. Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978. Pada 1981, menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau. Kemudian Samad Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times.

A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.Beliau membesar di Singapura. Oleh itu, dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.

Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina. Profesor A. Teeuw dan sesetengah sarjana mengangkat novel ini sebagai bertaraf antarabangsa. Namun novel ini hanya memenangi hadiah penghargaan dalam Peraduan Penulisan Novel 1958 anjuran DBP .Ketika itu Samad berusia 23 tahun. Salina menceritakan kehidupan daif masyarakat Melayu di Kampung Kambing, Singapura selepas Perang Dunia Kedua. Penduduk bergelut dengan kemiskinan, keruntuhan moral di kota dan kebobrokan.Tema sebegini sama sekali asing dalam kesusasteraan Melayu. Novel Salina telah diadaptasi menjadi teater oleh dramatis Johan Jaaffar dan dipentaskan sempena Pesta Kesenian (1986), dan kemudiannya di Singapura.

Novelnya Sungai Mengalir Lesu menggambarkan masyarakat Singapura yang menderita akibat perang. Masyarakat Melayu dan orang Indonesia yang hidup melarat dan menjadi buruh di Singapura ketika diperintah tentera Jepun (1942-1946).

Antologi puisi 'Liar di Api' jelas bereksperimen dengan sajak-sajak bebas. Antologi lain ialah Benih Harapan (1973), Daun Semalu Pucuk Paku (1975) dan Benih Semalu (1984).

Samad menulis latar belakang pengalamannya semasa menulis Salina, Sungai Mengalir Lesu dan Langit Petang dalam Dari Salina ke Langit Petang. Buku bercorak autobiografi ini merupakan rakaman pengalaman Samad, pahit maung dan peristiwa berkaitan yang diterapkan dalam novel-novelnya.

Bibliografi

Karya diterbitkan

  1. Salina,  : DBP 1961, 495 hlm.
  2. Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikir, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 103 hlm.
  3. Sungai Mengalir Lesu, : Pustaka Gunung Tahan, 1967, 135 hlm. DBP , 1984, 137 hlm.
  4. Di Hadapan Pulau,  : Pustaka Sistem Pendidikan, 1978, 129 hlm.
  5. Adik Datang, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1980, 220 hlm.
  6. Langit Petang, : DBP , 1980, 143 hlm.
  7. Daerah Zeni, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1985, 182 hlm.
  8. Hujan Pagi, : DBP , 1992, 418 hlm.
  9. Cinta Fansuri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.; 1994, 156 hlm.

Novel remaja dan kanak-kanak

  1. Bendera Merah di Atas Bukit, : Pustaka Melayu Baru, 1968, 79 hlm.
  2. Lima Kawan ke Rumah Rahsia, Kluang: Pustaka Pendidikan Sdn. Bhd., 1968, 101 hlm.
  3. Jangan Ikut Jalan Ini, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 101 hlm.
  4. Mengejar Tetamu di Waktu Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1974, 94 hlm.
  5. Yang Berat Sama Dipikul, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 85 hlm.
  6. Keledang, ; Mac Millan Publishers Ltd., 1979, 143 hlm.
  7. Antara Kabus ke Kabus, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 72 hlm.
  8. Di Simpang Jalan, : DBP , 1980, 95 hlm.
  9. Jalan Retak, : Pustaka Melayu Baru, 1980, 65 hlm.

Cerpen

  1. Liar di Api, : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
  2. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  3. Debar Pertama, : Penerbitan Federal Berhad, 1964, 76 hlm.
  4. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja?,  : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
  5. Panorama (Peny.), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 112 hlm.
  6. Bunga Gunung (Peny.) : Berita Publishing Sdn. Bhd., 1982, 153 hlm.
  7. Angin Pulau (antologi bersama), : Teks Publishing Sdn. Bhd. 1985, 153 hlm.
  8. Angin Pulau (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 339 hlm.
  9. Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
  10. Hati Muda Bulan Muda: Kumpulan Cerpen 1954 – 1992 (Peny. Othman Puteh), : DBP , 1993,495 hlm.

Puisi

  1. Liar di Api,  : Penerbitan Federal Berhad. t.th., 183 hlm.
  2. Puisi Baru Melayu 1942 – 1960 (antologi bersama), : DBP , 1961, 26 hlm.
  3. Daun-daun Berguguran (bersama Salmi Manja), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  4. Sajak-sajak Melayu Baru 1946 – 1961/Modern Malay Verse 1946-1961 (dwibahasa), (antologi bersama), : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1969 (cetakan keempat), 135 hlm. Cetakan pertama 1963.
  5. Benih Harapan, : Grafika Sendirian Berhad, 1973, 24 hlm.
  6. Daun Semalu Pucuk Paku, : Balai Penerbitan Nusa, 1975, 39 hlm.;
  7. Kuala Lumpur, (antologi bersama), : GAPENA, 1975, 57 hlm.
  8. Pilihan Puisi Baru Malaysia-Indonesia (anatologi bersama), : DBP , 1980, 314 hlm.
  9. Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama),  : DBP , 1981, 294 hlm.
  10. Benih Semalu, : DBP , 1984, 69 hlm. (cantuman dua antologi: Benih Harapan dan Daun Semalu Pucuk Paku).
  11. Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: DBP , 1984, 75 hlm.
  12. 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), : Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.
  13. Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.
  14. Puisirama Merdeka (antologi bersama), : PENA, 1986, 141 hlm.
  15. Malaysia dalam Puisi, : DBP , 1988, 316 hlm.
  16. An Anthology of Contemporary Malaysian Literature (antologi bersama), : DBP , 1988, 413 hlm.
  17. Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry (1975 – 1985)(antologi bersama): DBP , 1988
  18. Puisi Baharu Melayu (1961-1986) (antologi bersama), : DBP , 1990, 941 hlm.
  19. Balada Hilang Peta, : DBP , 1993, 69 hlm.
  20. Suara Rasa/Voice from Within (antologi bersama), : Maybank, 1993, 228 hlm.

Drama

  1. Di Mana Bulan Selalu Retak, Singapura: Malaysia Publication Ltd. 1965, 135 hlm.
  2. Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, : Pustaka Melayu Baru, 1966, 118 hlm.
  3. Wira Bukit, : DBP , 1986, 92 hlm.
  4. Lantai T. Pinkie, : DBP , 1996, 137 hlm.
  5. Lazri Meon Daerah Zeni, : DBP , 1992, 138 hlm.

Esei dan kritikan

  1. Tema dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang):Penerbitan Federal Berhad, 1963
  2. Damai (kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1966, 136 hlm.
  3. Laungan (Kata pengantar), : Penerbitan Federal Berhad, 1962, 152 hlm.
  4. Tangan yang Simpatik, : Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1981, 279 hlm.
  5. Between Art and Reality (Selected Essays), : DBP , 1994, 479 hlm.

Autobiografi

  1. Dari Salina ke Langit Petang, : DBP , 1979, 83 hlm.

Umum

  1. Warkah kepada Salmi Manja, : Penerbitan Federal Berhad, 1965, 68 hlm.
  2. Antara Bulan dan Wira, : DBP , 1989, 632 hlm.
  3. Warkah Eropah, : DBP , 1991, 235 hlm.
  4. Koleksi Terpilih A. Samad Said (Peny. Sarah Sadon), : DBP , 1995, 510 hlm.

Kontroversi

Gerakan Mansuh PPSMI

Datuk Seri A. Samad Said bersama-sama pejuang bahasa lain telah melancarkan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).[4][5] Beliau percaya penentangan seperti itu diperlukan untuk mengelakkan kemerosotan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia.[6] Beberapa siri tunjuk perasaan telah diadakan seperti pada 31 Januari 2009 dan 7 Mac 2009. Beliau bersama lebih 8,000 penyokong bahasa Melayu berjaya menghantar memorandum Anti PPSMI ke Istana Negara untuk diserahkan pula kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Polis dan FRU telah digunakan untuk menghalau orang ramai. Beliau turut terkena gas pemedih mata.[7]

Pada 15 Mac 2009, beliau mencabar menteri dan pemimpin Barisan Nasional/UMNO berceramah dalam bahasa Inggeris ketika kempen dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 24-28 Mac 2009 diharap akan membincangkan untung nasib bahasa Melayu di tanahairnya. Dalam perhimpunan UMNO itu, semua peringkat pemimpin yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sahaja, jangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bukan milik mereka, bukan milik UMNO.[8] Dalam kebanyakan majlis , beliau akan mendeklamasikan sajak berbau politik seperti di Dewan Majlis Perbandaran Kajang. A Samad Said melancarkan program "Kembara Kasih Bahasa" ke seluruh negara.

Bersih 2.0 2011

A Samad Said hadir semasa pelancaran Perhimpunan Bersih 2011

Beliau juga antara pemimpin Perhimpunan Bersih 2011. Pada 5 Julai 2011, Beliau bersama pengerusi Bersih Dato' Ambiga Sreenevasan dan anggota jawatankuasa Zaid Kamaruddin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ekoran kenyataan Agong agar Bersih dan kerajaan kembali ke meja rundingan.[9][10] Beliau mendeklamasikan sajak bertajuk 'Unggun Bersih' di Kuala Lumpur pada 19 Jun 2011. Sajak itu disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 27(5) Akta Polis kerana pengucapan puisinya.[11]

Bersih 3.0 2012

A Samad Said hadir semasa Perhimpunan Bersih 2012

Datuk Seri A. Samad Said juga menjadi pengerusi bersama Perhimpunan Bersih 2012 pada 28 April 2012. Semasa perhimpunan itu, beliau 'terperangkap' di jambatan menghubungkan Pasar Seni dengan bangunan Dayabumi.[perlu rujukan]

Kehidupan peribadi

Isteri Abdul Samad, Salmi Manja meninggal dunia pada 26 Disember 2023, pada usia 86 tahun.

Anugerah dan pencapaian

  • 29 Mei 1976 - Pejuang Sastera.
  • 1979 - panel Anugerah Sastera
  • 1979 - Hadiah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Awards)
  • 1985 - Sasterawan Negara 1985. Drama beliau bertajuk Wira Bukit telah ditayangkan.
  • 1993 - Anugerah ASEAN (Kategori Sastera) daripada Negara Brunei Darulsalam.

Penghormatan

  •  Pulau Pinang :
    • Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) - Dato' Seri (2017)[12]
  •  Melaka :
    • Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (1996)

Rujukan

  1. ^ "Datuk Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said)". Arkib Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-02. Dicapai pada 2018-10-02.
  2. ^ "Datuk Abdul Samad Muhammad Said (A. Samad Said)". Arkib Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-02. Dicapai pada 2018-10-02. (Melayu)
  3. ^ Radzi Razak (13 June 2015). "'Pak Samad can counter DAP's chauvinist label'". Malaysiakini.
  4. ^ Jason, Lai; Lai, Pik Yien (4 June 2012). "Revealing the reality of PPSMI". Scientific Malaysian Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 June 2014. Dicapai pada 30 August 2015.
  5. ^ Jimadie, Shah Othman (5 May 2009). "Lima sasterawan negara tolak PPSMI (Five national laurates reject PPSMI)". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 August 2015. Dicapai pada 30 August 2015.
  6. ^ "PPSMI: Samad Said nafi diperalat pembangkang (PPSMI:Samad Said denies being used by the opposition parties)". Malaysiakini. 25 February 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2009. Dicapai pada 30 August 2015.
  7. ^ "PPSMI: Hadi, Samad Said disiasat polis (PPSMI: Hadi, Samad Said are being investigated by the police)". Malaysiakini. 13 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2009. Dicapai pada 30 August 2015.
  8. ^ Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil Diarkibkan 2012-02-20 di Wayback Machine Harakah Daily
  9. ^ http://bersih.org/?p=4221
  10. ^ "Pak Samad: Why are they not targeting me?". Free Malaysia Today. 18 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2012. Dicapai pada 30 August 2015.
  11. ^ "Teras: Tindakan polis siasat Samad Said keterlaluan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-30. Dicapai pada 2011-10-29.
  12. ^ "Ketua Hakim Negara dahului senarai penerima darjah kebesaran P Pinang". Bernama. Malaysiakini. 22 Julai 2017. Dicapai pada 14 Mei 2019.

Pautan luar

Read other articles:

Cari artikel bahasa  Cari berdasarkan kode ISO 639 (Uji coba)  Kolom pencarian ini hanya didukung oleh beberapa antarmuka Halaman bahasa acak Bahasa Hatang-Kayi Hatang-Kayi[1] Remontado, Sinauna Dituturkan di  Filipina WilayahTanay dan Montalban di Rizal, Antipolo, dan General Nakar, QuezonPenutur2.530 (2000)[2] Rincian data penutur Jumlah penutur beserta (jika ada) metode pengambilan, jenis, tanggal, dan tempat.[3] 2.500 (Bahasa ibu, 2000) Rum...

 

Berikut adalah tabel yang menunjukkan cakupan wilayah Konvensi Eropa tentang Hak Asasi Manusia dan protokol-protokolnya. Negara anggota danwilayahnya CakupanKonvensi Hak untuk mengajukan perkara di Pengadilan HAM Eropa Protokol 1 (hak atas properti, pendidikan, dan pemilu) Protokol 4 (Pemenjaraan sipil, pergerakan bebas, pengusiran) Protokol 6 (Pelarangan hukuman mati pada masa damai) Protokol 7 (Hak atas proses hukum yang adil, kesetaraan antar pasangan) Protokol 12 (Hak untuk tidak didiskri...

 

.lb

.lb البلد لبنان  الموقع الموقع الرسمي  تعديل مصدري - تعديل   lb. هو نطاق إنترنت من صِنف مستوى النطاقات العُليا في ترميز الدول والمناطق، للمواقع التي تنتمي إلى لبنان.[1][2] مراجع ^ النطاق الأعلى في ترميز الدولة (بالإنجليزية). ORSN [الإنجليزية]. Archived from the original on 2019-05-07. Re...

This article's lead section may be too long. Please read the length guidelines and help move details into the article's body. (July 2023) Legends of Tomorrow is an American television series, developed by Greg Berlanti, Marc Guggenheim, Phil Klemmer, and Andrew Kreisberg, based on several characters from DC Comics. The series premiered in the United States on January 21, 2016, for The CW television network, and it finished its first season on May 19, 2016. The second season premiered in Octo...

 

Brazilian footballer In this Portuguese name, the first or maternal family name is Treichel and the second or paternal family name is Moraes da Silva. Tiago Treichel Personal informationFull name Tiago Treichel Moraes da SilvaDate of birth (1984-09-08) 8 September 1984 (age 39)Place of birth Pelotas, BrazilHeight 1.78 m (5 ft 10 in)Position(s) Attacking midfielderYouth career PelotasSenior career*Years Team Apps (Gls)2003–2004 Pelotas 0 (0)2005 Sapiranga 0 (0)2005 No...

 

Berikut merupakan daftar Presiden Uzbekistan. No. Nama Gambar Mulai menjabat Akhir jabatan Partai 1 Islam Karimov 24 Maret 1990 2 September 2016[1](Meninggal saat menjabat) Partai Komunis Uni Soviet↓Partai Rakyat Demokratik Uzbekistan↓Partai Demokratik Liberal Uzbekistan — Nigmatilla YuldashevPenjabat Presiden 2 September 2016 8 September 2016 Partai Demokratik Kebangkitan Nasional Uzbekistan 2 Shavkat Mirziyoyev 8 September 2016 Petahana Partai Demokratik Kebangkitan Nasional U...

Gujarati daily newspaper Not to be confused with Sandesh (magazine). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Sandesh Indian newspaper – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (October 2022) (Learn how and when to remove this message) SandeshTypeDaily newspaperFormatBroadsheetOwner(s)The San...

 

  「俄亥俄」重定向至此。关于其他用法,请见「俄亥俄 (消歧义)」。 俄亥俄州 美國联邦州State of Ohio 州旗州徽綽號:七葉果之州地图中高亮部分为俄亥俄州坐标:38°27'N-41°58'N, 80°32'W-84°49'W国家 美國加入聯邦1803年3月1日,在1953年8月7日追溯頒定(第17个加入联邦)首府哥倫布(及最大城市)政府 • 州长(英语:List of Governors of {{{Name}}}]]) •&...

 

International television service of RAI in Italy For the radio station, see Rai Italia Radio. Television channel Rai ItaliaCountryItalyBroadcast areaWorldwideProgrammingLanguage(s)ItalianPicture format1080i HDTV(downscaled to 16:9 576i for the SDTV feed)OwnershipOwnerRAI through Rai InternazionaleSister channelsRai 1, Rai 2, Rai 3, Rai 4, Rai 5HistoryLaunched1 January 1992; 32 years ago (1 January 1992)Former namesRai International (1992–2008)LinksWebsitewww.raitalia.it Rai Ita...

Chronologies Données clés 1275 1276 1277  1278  1279 1280 1281Décennies :1240 1250 1260  1270  1280 1290 1300Siècles :XIe XIIe  XIIIe  XIVe XVeMillénaires :-Ier Ier  IIe  IIIe Chronologies thématiques Religion (,) et * Croisades   Science () et Santé et médecine   Terrorisme Calendriers Romain Chinois Grégorien Julien Hébraïque Hindou Hégirien Persan Républicain modifier Années de la santé et de la médecine ...

 

 本表是動態列表,或許永遠不會完結。歡迎您參考可靠來源來查漏補缺。 潛伏於中華民國國軍中的中共間諜列表收錄根據公開資料來源,曾潛伏於中華民國國軍、被中國共產黨聲稱或承認,或者遭中華民國政府調查審判,為中華人民共和國和中國人民解放軍進行間諜行為的人物。以下列表以現今可查知時間為準,正確的間諜活動或洩漏機密時間可能早於或晚於以下所歸�...

 

Great Black-backed Gull (Larus marinus), small clutch. Clutch size refers to the number of eggs laid in a single brood by a nesting pair of birds. The numbers laid by a particular species in a given location are usually well defined by evolutionary trade-offs with many factors involved, including resource availability and energetic constraints. Several patterns of variation have been noted and the relationship between latitude and clutch size has been a topic of interest in avian reproduction...

1983 song by Pink FloydThe Hero's ReturnThe Hero's Return (Parts 1 and 2) on vinylSong by Pink Floydfrom the album The Final Cut PublishedPink Floyd Music Publishers LtdReleased21 March 1983 (UK)2 April 1983 (US)RecordedJuly–December 1982GenreArt rockLength2:564:02 (Not Now John single)LabelHarvest Records (UK)Columbia Records (US)Songwriter(s)Roger WatersProducer(s) Roger Waters James Guthrie Michael Kamen The Hero's Return is a song by Pink Floyd from their 1983 album, The Final Cut.[...

 

Offshore wind farm off the east coast of England Lincs Wind FarmLincs Offshore Wind Farm turbines behind those of Lynn and Inner DowsingCountryUnited KingdomLocationNorth SeaCoordinates53°11′00″N 0°29′00″E / 53.1833°N 0.4833°E / 53.1833; 0.4833StatusOperationalConstruction began2010Commission date2012Construction cost£1 billionOwner(s)Macquarie European Infrastructure Fund 5Green Investment GroupØrstedOperator(s)ØrstedWind farm T...

 

Cet article est une ébauche concernant le Rugby à sept et l’Italie. Vous pouvez partager vos connaissances en l’améliorant (comment ?) selon les recommandations des projets correspondants. Italie Données clés Surnom Azzurri Données clés Sélectionneur Andrew Vilk Données clés Coupe du monde   · Participations 3/6 (1993,2005,2009) · Meilleur résultat 17e (2005) Données clés Série mondiale   · Participations 7/16 (1999-2000, 2001–02, 2002–0...

HospitalitéPoster filmSutradaraKoji FukadaProduserKoji FukadaKiki SuginoDitulis olehKoji FukadaPemeranKanji FurutachiTanggal rilis 2010 (2010) Durasi96 menitNegaraJepangBahasaJepang Hospitalité (歓待code: ja is deprecated , Kantai) adalah film komedi Jepang tahun 2010 yang disutradarai oleh Koji Fukada.[1][2] Pemeran Kenji Yamauchi Kiki Sugino Kanji Furutachi Kumi Hyōdo Tatsuya Kawamura Bryerly Long Hiroko Matsuda Eriko Ono Haruka Saito Naoki Sugawara Referensi ^ Smi...

 

Pour les articles homonymes, voir Saint-Jean. Saint-Jean-de-Monts Le front de mer. Blason Administration Pays France Région Pays de la Loire Département Vendée Arrondissement Les Sables-d'Olonne Intercommunalité Communauté de communes Océan Marais de Monts(siège) Maire Mandat Véronique Launay 2020-2026 Code postal 85160 Code commune 85234 Démographie Gentilé Montois Populationmunicipale 8 741 hab. (2021 ) Densité 140 hab./km2 Population agglomération 40 953...

 

Canadian ice hockey player (born 1987) Ice hockey player Meghan Agosta Born (1987-02-12) February 12, 1987 (age 37)Windsor, Ontario, CanadaHeight 5 ft 7 in (170 cm)Weight 148 lb (67 kg; 10 st 8 lb)Position ForwardShot LeftPlayed for Les Canadiennes de MontrealMercyhurst Univ.National team  CanadaPlaying career 2006–2024 Medal record Olympic Games 2006 Turin Team 2010 Vancouver Team 2014 Sochi Team 2018 Pyeongchang Team World Championships 200...

English writer (1876–1945) This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: David Lindsay novelist – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (June 2009) (Learn how and when to remove this message) David LindsayBorn3 March 1876Lewisham, EnglandDied16 July 1945(1945-07-16) (aged 69)Hove, England...

 

Armory in Brooklyn, New York United States historic place14th Regiment ArmoryU.S. National Register of Historic PlacesNew York City Landmark No. 1965 (March 2010)Show map of New York CityShow map of New YorkShow map of the United StatesLocation1402 Eighth Avenue, Brooklyn, New York, USCoordinates40°39′46″N 73°59′0″W / 40.66278°N 73.98333°W / 40.66278; -73.98333Area3 acres (1.2 ha)Built1891–95ArchitectWilliam A. MundellArchitectural ...