6 (enam, Jawi: انم) ialah suatu nombor, angka dan glif. Ia merupakan nombor asli selepas 5 dan sebelum 7.
Imbuhan awal SI untuk 10006 ialah exa (E), dan salingannya atto (a).
Dalam matematik
Enam ialah nombor gubahan kedua terkecil, pembahagi tepatnya ialah 1, 2 dan 3. Oleh sebab enam sama dengan jumlah pembahagi tepatnya, enam ialah nombor sempurna. Sebagai nombor sempurna, 6 berhubungkait dengan perdana Mersenne 3, kerana 21(22 - 1) = 6. Nombor sempurna seterusnya ialah 28.