Zulkefli A. Hassan

Tan Sri Dr Zulkefli A. Hassan adalah pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai Mei 2011 menggantikan Tan Sri Dr Mazlan Ahmad. Sebelum bersara, Zulkefli adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) .

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 7 April 2011 mengumumkan perlantikan itu untuk tempoh tiga tahun (2011-15 Mei 2014). Pelantikan Dr Zulkefli mampu membawa UKM ke arah pencapaian kemajuan akademik dan organisasi yang cemerlang selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa.

Pendidikan dan kerjaya

Dr Zulkefli (59 tahun) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian)dari Universiti Malaya ; Ijazah Sarjana dari Universiti Bradford dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Manchester, United Kingdom.

Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPT dan dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPT pada 8 Disember 2005 sehingga bersara pada 2011.[1]

Rujukan