Zaman Pencerahan (bahasa Inggeris: Age of Enlightenmentcode: en is deprecated , Perancis: Siècle des Lumièrescode: fr is deprecated Jerman: Aufklärungcode: de is deprecated ) atau Zaman Kesedaran merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan satu fasa dalam kebudayaan hidup dan falsafah Barat yang berpusat pada abad ke-18.
"Zaman Kesedaran" dan "Penyedaran" merujuk khas kepada kemajuan intelektual dan falsafah pada zaman itu (dan kesannya terhadap pembentukan semula moral dan sosial), iaitu Sebab disokong sebagai sumber dan asas utama kekuasaan. Bermula di Jerman, Perancis dan Britain, pergerakan ini menular ke seluruh Eropah, termasuklah Russia dan Skandinavia. Penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika, Perakuan Hak Amerika Syarikat dan Perisytiharan Hak Manusia dan WarganegaraPerancis adalah didorong oleh prinsip "Kesedaran" (walaupun Perakuan Hak England berlaku sebelumnya). Zaman ini ditanda oleh aspirasi politik terhadap penyatuan kerajaan, penciptaan negara dan hak yang lebih bagus untuk orang kebanyakan, dalam usaha untuk menggantikan kekuasaan golongan aristokrat dan gereja ternama.
Peranan universiti sebagai pusat pengembangan dan pematangan kajian sains diambil alih oleh persatuan-persatuan dan akademi. Bertambahnya penduduk dan masyarakat yang semakin banyak celik huruf dan berpendapatan turut mendorong kepada penyampaian ilmu pengetahuan yang mampu difahami ramai sebanyak-banyaknya - hal ini merupakan ideal utama yang difikirkan pada zaman ini.[2][3]
Fahaman kontrak sosial yang menetapkan hubungan sesebuah masyarakat dengan tampuk pemerintahan mula dikembangkan pada zaman ini melalui penulisan dan perbincangan dicetuskan John Locke dan Thomas Hobbes.
^Daniel Brewer, The Enlightenment Past: reconstructing eighteenth-century French thought (2008), p. 1
^De Dijn, Annelien (2012). "The Politics of Enlightenment: From Peter Gay to Jonathan Israel". Historical Journal. 55 (3): 785–805. doi:10.1017/s0018246x12000301.
Bronner, Stephen Eric. Interpreting the Enlightenment: Metaphysics, Critique, and Politics, 2004
Bronner, Stephen Eric. The Great Divide: The Enlightenment and its Critics
Brown, Stuart, (ed.). British Philosophy in the Page of Enlightenment 2002
Buchan, James. Crowded with Genius: The Scottish Enlightenment: Edinburgh's Moment of the Mind 2003
Cassirer, Ernst. The Philosophy of the Enlightenment, Princeton University Press 1979
Campbell, R.s. and Skinner, A.S., (eds.) The Origins and Nature of the Scottish Enlightenment, Edinburgh, 1982
Dieterle, Bernard and Engel, Manfred (eds.). The Dream and the Enlightenment / Le Rêve et les Lumières. Paris: Honoré Champion 2003, ISBN 2-7453-0672-3.
Dupre, Louis. The Enlightenment & the Intellctural Foundations of Modern Culture 2004
Gay, Peter. The Enlightenment: An Interpretation. New York: W. W. Norton & Company, 1996
Herman, Arthur. How the Scots Invented the Modern World: The True Story of how Western Europe's Poorest Nation Created Our World and Everything in It 2001
Hill, Jonathan. Faith in the Page of Reason, Lion/Intervarsity Press 2004
Himmelfarb, Gertrude. The Roads to Modernity: The British, French, and American Enlightenments, 2004
Hulluing, Mark. Autocritique of Enlightenment: Rousseau and the Philosophes 1994
Jacob, Margaret Enlightenment: A Brief History with Documents 2000
Kors, Alan Charles (ed.). Encyclopedia of the Enlightenment. 4 volumes. Oxford: Oxford University Press, 2003
Melamed, Yitzhak Y. Salomon Maimon and the Rise of Spinozism in German Idealism, Journal of the History of Philosophy, Volume 42, Issue 1
Munck, Thomas. Enlightenment: A Comparative Social History, 1721–1794
Porter, Roy. The Enlightenment 1999
Redkop, Benjamin. The Enlightenment and Community, 1999
Greensides F, Hyland P, Gomez O (ed.). "The Enlightenment" 2002