Kenderaan ini direka oleh Eugen Langen di mana beliau menawarkan projek ini pada asalnya ke bandar Berlin, München dan Breslau[2] namun kemudiannya diambil alih oleh bandar-bandar Barmen, Elberfeld dan Vohwinkel di mana stesen-stesen perhentian terbina di bandar-bandar tersebut antara tahun 1897 dan 1903; landasan pertama ia mula beroperasi pada tahun 1901.[1] Perhubungan antara bandar-bandar ini mengesan dalam memacu perkembangan pesat bandar-bandar ini sehingga akhirnya disatukan menjadi kota Wuppertal yang wujud sehingga hari ini. Schwebebahncode: de is deprecated ini masih digunakan sebagai alat pengangkutan awam tempatan yang biasa mengangkut 25 juta orang penumpang setiap tahun menurut laporan tahunan 2008. [3] Kereta api baru dipesan pada tahun 2015, dipanggil Generation 15, dan kereta baru pertama mula beroperasi pada bulan Disember 2016.
Teknologi
Kereta-kereta monorel ini digantung dari suatu rel tunggal dibina di bawah kerangka sokongan keluli melalu roda didorong oleh banyak motor elektrik yang beroperasi pada 750 volt arus langsung melalui suatu rel hidup di bawah landasan.[4]
Stesen-stesen singgahan
Oberbarmencode: de is deprecated – hujung paling timur