Nancy Simon (1985–1986) Laura Louie (2008–present)
Anak-anak
3
Ibu bapa
Charles Harrelson Diane Lou (née Oswald)
Woodrow Tracy "Woody" Harrelson[1][2] (lahir Julai 23, 1961) ialah seorang pelakon, aktivis dan pengarang drama Amerika Syarikat. Beliau dicalonkan untuk Anugerah Akademi dua kali dan teah memenangi satu Anugerah Emmy daripada tujuh pencalonan.
Untuk The People vs. Larry Flynt dan The Messenger, Harrelson mendapat pencalonan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik.[3] Pada tahun 2014, beliau membintangi sebagai Detektif Martin Hart dalam drama HBO, True Detective bersama-sama Matthew McConaughey yang mendapatkan beliau dan McConaughey pencalonan Anugerah Primetime Emmy untuk Pelakon Lelaki Cemerlang dalam Drama Bersiri.
Kehidupan awal
Harrelson dilahirkan di Midland, Texas, anak lelaki kepada Diane Lou (née Oswald) dan Charles Voyde Harrelson yang bercerai pada tahun 1964; beliau mempunyai dua orang adik beradik, Jordan dan Brett. Bapa Harrelson,yang merupakan seorang pembunuh upahan ditangkap pada tahun 1979 kerana membunuh Hakim Persekutuan, John H. Wood, Jr. di San Antonio, Texas.[4] Bapanya telah disabitkan kesalahan dan akhirnya meninggal dunia semasa menjalani hukuman tersebut di penjara.[4] Pada tahun 1973, Harrelson berpindah ke bandar asal ibunya, Lebanon, Ohio dimana beliau dibesarkan.[5] Harrelson menghadiri Sekolah Tinggi Lebanon, banyak bekerja ketika zaman sekolah tingginya sebagai pengukir kayu di taman tema Pulau Kings.
Beliau menghadiri Kolej Hanover di Hanover, Indiana. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam teater dan Bahasa Inggeris pada tahun 1983.
Karier
Televisyen
Harrelson secara meluas dikenali untuk peranannya dalam sitkom NBC, Cheers. Beliau melakonkan watak Woody Boyd. Beliau menyertai barisan pelakon pada tahun 1985 untuk musim keempat dan kekal selama lapan musim (1985–1993) dalam rancangan itu. Untuk peranan ini, Harrelson dicalonkan lima Anugerah Emmy,[6] memenangi sekali pada tahun 1989.
Pada tahun 1999, Harrelson membintangi sebagai tetamu dalam spin-off Cheers, Frasier sebagai Woody Boyd. Harrelson dicalonkan Anugerah Emmy untuk Pelakon Lelaki Tetamu Cemerlang dalam Siri Komedi untuk peranan ini.
Beliau muncul dalam beberapa episod Will & Grace sebagai teman lelaki baru Grace, Nathan.
Harrelson kembali ke televisyen pada tahun 2014, membintangi bersama Matthew McConaughey dalam musim pertama siri HBO, True Detective dimana beliau melakonkan watak Marty Hart, seorang polis Louisiana menyiasat pembunuhan yang berlaku sepanjang kitar masa 17 tahun.
Pada Jun 6, 2010, Harrelson mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2010 untuk UNICEF UK di Old Trafford, Manchester, UK. Perlawanan itu disiarkan secara langsung di saluran ITV. Selepas dimasuk menggantikan Gordon Ramsay, Harrelson mengambil sepakan penalti terakhir ketika penentuan penalti susulan seri 2–2 selepas 91 minit. Harrelson menjaringkan penaltinya untuk memberikan kemenangan kepada pasukan "The Rest of the World", mengalahkan England buat pertama kali sejak pertandingan itu bermula. Harrelson juga mengambil bahagian dalam Soccer Aid 2012 pada Mei 27, 2012.
Karier Harrelson mendapat momentum apabila beliau membintangi filem The People vs. Larry Flynt dimana beliau berlakon sebagai Larry Flynt. Filem itu merupakan satu kejayaan dan lakonan Harrelson dicalonkan Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Terbaik.
Selepas itu, Harrelson telah diberi watak lebih serius dalam filem. Beliau membintangi dalam filem 1997, Welcome to Sarajevo dan berperanan sebagai Sarjan Schumann dalam Wag the Dog. Pada tahun 1998, Harrelson membintangi filem thriller, Palmetto dan melakonkan watak Sarjan Keck dalam The Thin Red Line, sebuah filem perang yang dicalonkan tujuh Anugerah Akademi pada tahun 1999.
Dalam filem 2007, No Country for Old Men, Harrelson melakonkan watak penting sebagai Carson Wells. Filem ini memenangi Anugerah Akademi untuk Gambar Terbaik dan Pengarah Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Screen Actors Guild untuk Barisan Pelakon Terbaik bersama-sam Tommy Lee Jones, Javier Bardem, Josh Brolin dan Kelly Macdonald.
Juga filem yang ditayangkan pada tahun 2007, Battle in Seattle, Harrelson melakonkan satu lagi peranan penting sebagai seorang pegawai polis Seattle. Pada tahun 2008, Harrelson muncul dalam beberapa filem, antaranya ialah Semi-Pro dan Seven Pounds. Pada tahun 2009, Harrelson menerima pujian untuk lakonannya sebagai Kapten Tony Stone dalam The Messenger. Harrelson dicalonkan Anugerah Satelit, Anugerah Independent Spirit, Anugerah Golden Globe, Anugerah Screen Actors Guild dan Anugerah Akademi untuk Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik. Harrelson juga memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Sokongan Terbaik di majlis anugerah National Board of Review 2009 dan menerima penghargaan daripada pelbagai persatuan pengkritik.
Pada tahun 2009, beliau membintangi dalam filem komedi seram, Zombieland, disusuli dengan filem 2012 dimana beliau berlakon sebagai Charlie Frost. Pada tahun 2010, beliau membintangi dalam Bunraku. Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak Tommy dalam Friends with Benefits. Beliau melakonkan watak Haymitch Abernathy dalam filem 2012, The Hunger Games dan menyambung wataknya dalam ketiga-tiga filem seterusnya dalam siri itu.[3]
Pada tahun 2015, Woody Harrelson dan anak perempuannya, Zoe membintangi dalam filem pendek untuk U2, 'Song for Someone.’ Beliau juga akan melakonkan watak bernama "Kolonel" dalam War for the Planet of the Apes, dijadual ditayangkan pada tahun 2017.[8]
Kehidupan peribadi
Pada tahun 1985, Harrelson berkahwin dengan Nancy Simon di Tijuana. Kedua-dua mereka merancang untuk bercerai pada hari berikutnya tetapi kekal berkahwin untuk sepuluh bulan.[9] Pada Disember 28, 2008, Harrelson berkahwin dengan Laura Louie, teman wanitanya sejak tahun 1987. Pasangan itu mempunyai tiga orang anak perempuan, Deni (lahir 1993), Zoe (lahir 1996) dan Makani (lahir 2006).
^"Woody Harrelson". hollywood.com. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada January 25, 2013. Dicapai pada September 9, 2007. whimsically married in Tijuana in 1985 intending to divorce the following day, but when the couple returned to the storefront marriage/divorce parlor, they found it closed because it was Sunday; marriage lasted 10 months; Harrelson would later tell USA TODAY's Tom Green, "We had to get a summary dissolution through Jacoby and Meyers. I think at the time Neil was a little bit worried I might try to go after her money."