Beliau pernah menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara (2004-2009) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kerusi Bandar Kuala Terengganu (1995-1999). Dalam parti MCA, beliau pernah menjadi Setiausaha Agung MCA (2008-2010).[2]
Wong pada masa ini adalah Pengerusi Bina Puri Holdings Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Kuala Lumpur yang terlibat di dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah, aktiviti kuari dan konsesi lebuh raya.[3]