Wit Studio, Inc. (Jepun: 株式会社ウィットスタジオcode: ja is deprecated , Hepburn: Kabushiki-gaisha Witto Sutajio) ialah studio animasi Jepun yang diasaskan pada 1 Jun 2012, oleh pengeluar di Production I.G sebagai anak syarikat IG Port. Ia berpangkalan di Musashino, Tokyo, dengan George Wada sebagai presiden dan Tetsuya Nakatake sebagai pengarah studio, kedua-dua mereka penerbit di Production I.G. Studio ini menjadi masyhur dari keterlibatannya menghasilkan tiga musim pertama Attack on Titan.[1]
Penubuhan
Studio ini diasaskan oleh George Wada, seorang bekas pekerja Production IG pada 2012, tetapi produksi utama pertama studio, Hal dan Attack on Titan hanya dapat dikeluarkan setahun kemudian. Selepas penubuhannya, Tetsuya Nakatake diletakkan sebagai wakil pengarah studio. Beberapa bekas kakitangan Production I.G yang lain menyertai Wit selepas penubuhannya, termasuk pengarah animasi Kyōji Asano dan Satoshi Kadowaki, dan pengarah Tetsurō Araki, yang kesemuanya bekerja bersama dalam Attack on Titan.
Wit Studio dibiayai dengan pelaburan awal sebanyak ¥30,000,000 dalam modal daripada IG Port, Wada dan Nakatake, yang dilaporkan masing-masing memiliki 66.6%, 21.6% dan 10.0% ekuiti dalam studio.[3][4]
^"IGポート アニメ企画・制作子会社設立 「戦国BASARA」などのプロデューサー役員に" [IG Port Establishes New Animation Planning and Production Subsidiary Headed By Sengoku Basara Anime Producer]. animeanime.biz (dalam bahasa Jepun). 20 April 2012. Dicapai pada 20 April 2012.
^"進撃!巨人中学校×進撃の巨人"進撃祭"Reading & Live Event イベントレポート" [Attack on Titan Junior High x Attack on Titan "Adventure Festival" Reading & Live Event Report]. shingeki.tv (dalam bahasa Jepun). 4 Julai 2016. Dicapai pada 4 Julai 2016.