Windows 11

Windows 11
Versi sistem pengendalian Windows NT
Menu mula Windows 11
Maklumat umum
Jenis sistemWindows NT Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemMicrosoft Windows
PembangunMicrosoft
Ditulis dalam
Model sumber
Keluaran awal5 Oktober 2021 Sunting nilai ini di Wikidata
Keluaran terkini10.0.26100.2894 (14 Januari 2025) Sunting nilai ini di Wikidata
Tersedia dalam110 bahasa[5][6]
Sasaran pemasaranKomputer peribadi
Didahului olehWindows 10 (2015)
Diganti olehWindows 12 (mul) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
Pengurus pakej Windows Package Manager (Winget)[7], Microsoft Store, Windows Installer atau melalui pemasangan manual menggunakan fail .exe
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
Jenis intiKernel hibrid (Kernel Windows NT, Kernel Linux[8])
Ruang penggunaWindows API
.NET Framework
Universal Windows Platform
Windows Subsystem for Linux
Antara muka
pengguna
lalai
Windows shell (grafik)
LesenHak milik
Format fail
boleh dibaca
Pautan berkaitan
Tapak webhttps://www.microsoft.com/windows/windows-11 Sunting nilai ini di Wikidata
Tanda pagarWindows11 Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Windows 11 (nama kod: Sun Valley)[9][10] ialah keluaran utama yang datang dari sistem operasi Windows NT yang dibangunkan oleh Microsoft. Sistem operasi ini menjadi penerus Windows 10. Windows 11 telah dikeluarkan pada 5 Oktober 2021, dan tersedia secara percuma kepada peranti Windows 10 yang memenuhi keperluan sistem Windows 11 yang baharu.

Windows 11 menampilkan antaramuka pengguna yang diperbaharui yang mengikuti pedoman Fluent Design Microsoft; dengan dominasi elemen lutsinar, bayangan, dan sudut membulat di seluruh antaramuka sistem.[11] Menu Start direka semula, menghilangkan jubin di sisi kanan. Bilah tugas (taskbar) juga disederhanakan dan dipusatkan secara lalai.[12][13] Task View, ciri-ciri baru yang diperkenalkan di Windows 10, menampilkan reka bentuk yang diperbaharui. Perubahan lain pada sistem termasuk ikon sistem baru, suara, dan widget.[14] Sebahagian besar antaramuka dan menu hampir serupa dengan keluaran Windows 10X yang kini dibatalkan.[13]

Keperluan sistem

Rasmi

Keperluan sistem asas Windows 11 adalah sangat berbeza berbanding Windows 10. Windows 11 kini hanya menyokong sistem 64-bit seperti peranti-peranti yang mempunyai pemproses x86-64 atau ARM64; pemproses 32-bit seperti IA-32 dan ARM32 tidak lagi disokong.[15] Maka, Windows 11 merupakan versi Windows untuk pengguna yang pertama menghentikan sokongan untuk pemproses 32-bit (sementara Windows Server 2008 R2 merupakan versi Windows Server yang terakhir menyokong pemproses 32-bit[16]). Keperluan minimum storan dan memori juga telah meningkat kepada 4 GB RAM dan 64 GB storan.[17]

Pengeluar perkakas asal (OEM) masih boleh menyediakan komputer tanpa TPM 2.0 didayakan dengan kelulusan Microsoft[18]

Keperluan perkakas minimum untuk Windows 11[17]

Komponen Minimum
Pemproses Pemproses 64-bit yang serasi (x86-64 atau ARM64) dengan kadar detik 1 GHz dan sekurang-kurangya pemproses 2 teras yang disenaraikan dalam senarai CPU yang diluluskan oleh Microsoft (pemeriksaan CPU tidak dilaksanakan pada sesetengah edisi). Untuk Windows 11 versi 24H2 dan lebih baharu, ciri SSE4.2 dan set arahan POPCNT diperlukan[19][20]
Memori (RAM) Sekurang-kurangnya 4 GB
Ruang storan Sekurang-kurangnya 64 GB
Perisian tegar sistem Unified Extensible Firmware Interface (UEFI)
Keselamatan Secure Boot (disyorkan dan perlu wujud, tetapi tidak perlu didayakan)
Trusted Platform Module (TPM) versi 2.0
Kad grafik Serasi dengan DirectX 12 atau lebih baharu dengan pemacu WDDM 2.0
Paparan Paparan berdefinisi tinggi (720p) yang lebih besar dari 9 inci secara menyerong, 8 bits untuk setiap saluran warna; tidak menjadi keperluan untuk edisi IoT Enterprise[21]
Sambungan Internet dan akaun Microsoft Sambungan Internet dan akaun Microsoft diperlukan untuk melengkapkan penetapan kali pertama pada edisi Home dan Pro (untuk kegunaan peribadi)[17][22]

Tidak rasmi

Peranti dengan pemproses 64-bit yang tidak disokong tidak dihalang daripada menjalankan atau dipasang Windows 11; walaupun begitu, pemasangan baharu atau naik taraf menggunakan media pemasangan ISO mesti dilakukan kerana Windows Update tidak akan menawarkan naik taraf dari Windows 10.[23] Selain itu, pengguna mesti menerima penafian yang menyatakan mereka tidak layak untuk menerima kemas kini, dan sebarang kerosakan yang disebabkan oleh pemasangan Windows 11 pada konfigurasi yang tidak disokong tidak akan dilindungi di bawah waranti pengeluar.[24][25]

Di samping itu, pelbagai kaedah tidak rasmi untuk memintas keperluan Windows 11 yang lain, seperti, tetapi tidak terhad kepada, TPM 2.0 wujud; malah terdapat juga kaedah pintasan rasmi disediakan oleh Microsoft (sedangkan pemasangan itu sendiri kekal disokong secara tidak rasmi)

Walau bagaimanapun, Windows 11 versi 24H2 yang dikeluarkan pada Oktober 2024 memerlukan ciri SSE4.2 dan set arahan POPCNT[19][20], meningkatkan keserasian minimum tidak rasmi kepada pemproses berasaskan seni bina mikro Bulldozer seperti pemproses AMD FX (2011) dan pemproses generasi pertama siri Intel Core i (2008). Percubaan untuk memasang Windows 11 24H2 pada komputer dengan pemproses yang tidak mempunyai ciri tersebut akan gagal kerana keperluan ini dibenamkan ke dalam kernel Windows. [26]

Rujukan

  1. ^ "Programming language tools: Windows gets versatile new open-source terminal". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada August 3, 2020. Dicapai pada August 31, 2020.
  2. ^ "Microsoft is open-sourcing Windows Calculator on GitHub". ZDNet. Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2019. Dicapai pada August 31, 2020.
  3. ^ "GitHub - microsoft/Windows-Driver-Frameworks". Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2017. Dicapai pada August 31, 2020.
  4. ^ "windows forms". Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada September 13, 2020. Dicapai pada August 31, 2020.
  5. ^ "Local Experience Packs - Microsoft Store". microsoft.com. Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada July 21, 2019. Dicapai pada June 16, 2021.
  6. ^ "Microsoft Volume Licensing Center". microsoft.com. Microsoft. Diarkibkan daripada yang asal pada November 18, 2011. Dicapai pada June 16, 2021.
  7. ^ "Windows Package Manager - Microsoft Learn". Microsoft Learn. Microsoft. November 23, 2024. Dicapai pada Januari 21, 2025.
  8. ^ "Windows Subsystem for Linux Documentation". Microsoft Documentation. Microsoft. September 15, 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2021. Dicapai pada June 15, 2021.
  9. ^ Warren, Tom (June 16, 2021). "Windows 11's default wallpapers are Microsoft's best yet". The Verge. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2021. Dicapai pada June 16, 2021.
  10. ^ Aufranc, Jean-Luc (June 16, 2021). "Windows 11 build leaked, Windows 10 support ending in 2025". CNX Software. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2021. Dicapai pada June 16, 2021.
  11. ^ "Windows 11 Leaks Indicate a Dramatic New Look Is Coming Soon". Gizmodo (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2021. Dicapai pada 2021-06-16.
  12. ^ "Windows 11 Build Leaks, Shows a New Desktop UI, Start Menu, and More". reviewgeek. June 15, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2021. Dicapai pada June 15, 2021.
  13. ^ a b Warren, Tom (June 15, 2021). "Windows 11 leak reveals new UI, Start menu, and more". The Verge.
  14. ^ "Leak Shows Off 'Windows 11' Ahead of Next Week's Microsoft Event". PCMAG (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada June 16, 2021. Dicapai pada 2021-06-16.
  15. ^ "Windows 11 won't work without a TPM - What you need to know". BleepingComputer (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-20.
  16. ^ Hruska, Joel (2007-05-18). "Windows Server 2008 declared 32-bit's last hurrah". Ars Technica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-20.
  17. ^ a b c Microsoft. "Windows 11 Specs and System Requirements | Microsoft". Windows (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-20.
  18. ^ Parmar, Mayank (2021-06-27). "Microsoft: OEMs can still ship some Windows 11 PCs without TPM". Windows Latest (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  19. ^ a b published, Aaron Klotz (2024-02-13). "Older systems now won't be able to update to newer versions of Windows due to reliance on an arcane CPU instruction often used for AI neural networks: Report". Tom's Hardware (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  20. ^ a b "Are you able to remove PopCnt and SSE4.2 requirements for Windows 11 24H2". answers.microsoft.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  21. ^ TerryWarwick (2024-12-17). "Minimum System Requirements - Windows IoT Enterprise". learn.microsoft.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  22. ^ Warren, Tom (2022-02-18). "Windows 11 Pro will soon require a Microsoft Account". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  23. ^ Warren, Tom (2021-08-27). "Microsoft won't stop you installing Windows 11 on older PCs". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  24. ^ Hollister, Sean (2021-09-21). "Windows 11 won't stop older PCs, but it might make you sign this waiver". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  25. ^ Hollister, Sean (2021-08-28). "Microsoft is threatening to withhold Windows 11 updates if your CPU is old". The Verge (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.
  26. ^ Neowin ·, Sayan Sen (2025-01-20). "Microsoft's upcoming change could block off Windows 11 CPU requirements bypass on old PCs". Neowin (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-21.