Wilayah Fukui (福井県code: ja is deprecated , Fukui-ken) ialah sebuah wilayah di Jepun yang terletak di kawasan Chūbu di pulau Honshū. Ibu kotanya ialah bandaraya Fukui.
Geografi
Wilayah Fukui menghadap Laut Jepun, dan mempunyai bahagian barat (dahulunya wilayah Wakasa) yang merupakan dataran sempit di antara pergunungan dan laut, dan sebuah bahagian timur yang lebih luas (dahulunya wilayah Echizen) dan merangkumi ibu kota dan diduduki kebanyakan besar penduduknya.