Teleskop Angkasa James Webb (JWST) merupakan teleskop astronomi inframerah. Webb's First Deep Field diambil menggunakan instrumen NIRCam teleskop dan merupakan susunan beberapa gambar yang diambil dengan panjang gelombang berbeza-beza. Gambar ini memerlukan masa bukaan pengatup selama 12.5 jam.[2][3] Foto ini mampu menampilkan objek dalam panjang gelombang inframerah yang lebih jauh berbanding foto terjauh Teleskop Angkasa Hubble. Selain itu, masa bukaan pengatup yang diperlukan jauh lebih singkat berbanding Hubble yang memerlukan masa beberapa minggu. Teleskop angkasa ini telah mengorbit titik Lagrange kedua Bumi (L2) yang berjarak sekitar 1.5 juta kilometer dari Bumi sejak 24 Januari 2022. Di titik L2, tarikan graviti Matahari dan Bumi mampu menjaga pergerakan teleskop agar tetap segerak dengan pergerakan Bumi.[4]
SMACS 0723 ialah sebuah gugusan galaksi yang kelihatan di hemisfera selatan[5] yang sering diamati oleh Hubble dan beberapa teleskop lain di masa lampau.[4]
Dapatan saintifik
Gambar ini menampilkan gugusan galaksi SMACS 0723 pada 4.6 bilion tahun yang lalu.[3] Gambar dari Webb hanya merangkumi sebahagian kecil langit, setara dengan ukuran sebutir pasir yang diletakkan setakat panjang lengan manusia.[2] Sebahagian objek kosmik yang kelihatan pada gambar telah mengalami anjakan merah.[6]
Gabungan jisim galaksi-galaksi dalam gugus ini menyebabkan kesan kanta graviti yang membelokkan cahaya dari galaksi-galaksi di belakangnya. Oleh kerana NIRCam, banyak galaksi ditampilkan dengan jelas dan mempunyai butiran-butiran yang sebelumnya tidak pernah terlihat.[2]
Sejarah
Gambar ini merupakan gambar alam semesta dengan resolusi tertinggi dan berada pada garis masa tertua.[7]Webb's First Deep Field juga merupakan gambar warna palsu pertama yang diambil oleh JWST.[8][2] Pelancaran gambar ke masyarakat umum dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dalam sebuah acara di Rumah Putih pada 11 Julai 2022.[4]